Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Daftar perkahwinan islam sekarang boleh di lakukan secara online melalui SPPIM, iaitu laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).
Berikut kami kongsikan tentang SPPIM dan cara-cara untuk mendaftar perkahwinan melalui portal tersebut.
Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur.
Modul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian, rujuk dan rundingcara.
Berikut adalah perkhidmatan online yang disediakan:
Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.
Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan. Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di :
Walaubagaimanapun, kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.
Pendaftaran PraPerkahwinan Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan membuat pendaftaran kursus PraPerkahwinan secara online.
Pemohon boleh melakukan semakan jadual kursus bagi maklumat tarikh, masa dan tempat serta maklumat kekosongan kursus untuk pendaftaran.
Pendaftaran kursus PraPerkahwinan secara online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di negeri berikut:
Namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.
iii) Permohonan Nikah, Cerai, Rujuk (NCR) Luar Negara
Modul NCR Luar Negara bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pasangan rakyat Malaysia beragama Islam yang ingin menguruskan perihal perkahwinan, perceraian dan rujuk yang berlaku di luar negara melalui Pejabat Perwakilan Malaysia.
Anda boleh memilih perihal urusan yang diperlukan mengikut kategori berikut:
Rundingcara Online adalah satu inisiatif JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada individu atau pasangan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan secara online.
Pemohon juga boleh mendapatkan temujanji sesi rundingcara secara bersemuka dengan pegawai rundingcara di Jabatan Agama Islam Negeri, Pejabat Agama Islam Daerah.
Permohonan Rundingcara melalui online pada masa ini hanya meliputi negeri berikut:
Anda juga boleh baca: Temujanji Ujian HIV Klinik Kesihatan:Cara Mohon Di Mysejahtera
Berikut adalah cara daftar secara online:
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran-saluran berikut:
Masa : 09:00 pagi – 04:00 petang | Email : hdsppim@islam.gov.my Laman Rasmi :http://www.sppim.gov.my