Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Temujanji Ujian HIV Klinik Kesihatan:Cara Mohon di Mysejahtera

0 250

Untuk membuat temujanji Ujian HIV terutamanya untuk pra perkahwinan, berlainan klinik adalah berbeza proses, tarikh temujanji, masa & dokumen.

Ada yang perlu buat appointment dulu,ataupun walk-in sahaja.

Langkah yang paling bagus adalah anda sendiri boleh hubungi atau boleh pergi  dulu di Klinik Kesihatan yang berkenaan dan bertanya

Namun sekarang mudah sahaja anda boleh buat temujanji & booking  HIV test di Klinik Kesihatan secara online sahaja dengan aplikasi MySejahtera.

Maklumat  Ujian HIV Pra Perkahwinan di Klinik Kesihatan

Ujian saringan HIV pra-perkahwinan boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di Malaysia dan dilaksanakan secara percuma.

Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain.

Mana-mana individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.

Prosedur Perlaksaan Temujanji Ujian HIV Pra Perkahwinan

Berikut adalah prosedur ujian saringan di Klinik kesihatan:

  • Bakal pengantin hendaklah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran serta  melengkapkan borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan yang boleh didapati di kaunter klinik kesihatan.
  • Ujian saringan HIV menggunakan kaedah ujian pantas (Rapid test) akan dilakukan oleh anggota klinik
  • Keputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas (Rapid test) boleh diketahui dalam masa 5 hingga 20 minit (bergantung kepada jenis kit yang digunakan). Keputusan  ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.


Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) TIDAK REAKTIF:

  • Bakal pengantin akan dimaklumkan tentang keputusan tersebut.
  • Bakal pengantin tidak perlu melalui kaunseling kecuali bagi mereka yang didapati berisiko untuk dijangkiti HIV.
  • Bagi bakal pengantin yang mempunyai risiko beliau diberi kaunseling dan perlu diberi temujanji untuk mengulangi semula ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan dalam tempoh 3 – 6 bulan.

Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF:

  • Bakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian  pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan dengan mengambil 5 ml darah. Keputusan ujian pengesahan HIV pada kebiasaannya akan mengambil masa selama 2 minggu. Oleh yang demikian bakal pengantin akan diberi temujanji untuk datang semula ke Klinik Kesihatan, dalam tempoh 2 – 3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling.
  • Keputusan ujian pengesahan dan kaunseling akan diberikan kepada bakal pengantin.
  • Keputusan ujian adalah samada bakal pengantin disahkan HIV positif (telah dijangkiti) atau negatif.

Boleh juga baca: Cara Buat Temujanji Melalui Sistem Janji Temu Klinik KKM Dan Klinik Gigi Di Aplikasi Mysejahtera

Cara buat Temujanji Ujian HIV Klinik Kesihatan Melalui Qmed

Berikut adalah cara buat temujanji:

  1. Login apps MySejahtera dan Pilih button “More”
  2. Pilih “Digital Healthcare”
  3. Cari “Clinic Appointment Booking”
  4. Pilih untuk guna Qmed, Encoremed,
  5. BookDoc atau Sistem Temu Janji Klinik KKM.

Sistem anda boleh pilih berdasarkan negeri yang anda tinggal.Berikut adalah sistem yang ada:

  • BookDoc – Perlis, Perak, Penang, Melaka, Kelantan, Sarawak & W. Persekutuan
  • Qmed – Selangor, Johor, Sabah, N9, Kelantan , Terengganu , Kedah & W. Persekutuan.
  • EncoreMed – Untuk di Kawasan KL sahaja iaitu ; KK Batu Muda, KK Jinjang,KK Petaling Bahagia, KK Sentul & KK Tanglin.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi Klinik kesihatan anda yang berdekatan untuk proses dan prosedur temujanji Ujian HIV Pra Perkahwinan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Sila Share Artikel Ini Dahulu Kepada Rakan Anda yang Belum Tahu!