BizChannel CIMB:Pendaftaran dan Pengaktifan akaun Online
BizChannel CIMB merupakan sebuah portal online yang menyediakan perkhidmatan dan produk untuk memenuhi kepentingan perniagaan dan kewangan pelanggan.
Anda akan dapat log masuk akaun anda untuk dengan rangkaian lengkap perkhidmatan yang yang membolehkan anda menguruskan kewangan anda pada bila-bila masa di mana sahaja sambil mengekalkan kawalan penuh ke atas akaun anda.
Dilengkapi dengan ciri keselamatan peringkat tinggi, pihak CIMB menjamin kerahsiaan maklumat kewangan dan organisasi anda apabila menggunakan portal ini.
Perkhidmatam BizChannel CIMB
Berikut adalah perkhidmatan yang di sediakan:
1. AccountServices@CIMB
- Lihat penyata akaun dan butiran transaksi
- Lihat data sejarah sehingga tempoh masa tertentu dengan keupayaan fungsi carian
- Muat turun penyata dalam pelbagai format untuk memudahkan penyelarasan akaun bank dan penyepaduan yang lancar kepada sistem perakaunan anda
- Percetakan dengan pilihan untuk menambah logo syarikat melalui e-mel atau mel fizikal
- Kekalkan Akaun Kegemaran dan Templat untuk pembayaran berulang
2. Payments@CIMB
- Bayaran Pukal – Gaji termasuk kredit gaji, KWSP, LHDN, PERKESO dan ZAKAT
- GIRO Antara Bank (IBG)
- Pemindahan dana
- Pesanan Juruwang & Draf Permintaan
- RENTAS & Pemindahan Telegraf
- Perkhidmatan Pembayaran Kerajaan
- Pembayaran FPX
- Pemindahan DuitNow
3. Collections@CIMB
- Modul pertanyaan koleksi
- Debit Terus – CIMB & PayNet
- Pembayaran Bil
- JomPay
- Koleksi FPX
- ID DuitNow (dengan Nombor Pendaftaran Perniagaan)
Pendaftaran CIMB BizChannel
Untuk membuat pendaftaran,terdapat beberapa dokumen yang diperlukan untuk membuat proses pendaftaran disebabkan ia adalah dikhaskan untuk pemilik bisnes atau organisasi.Berikut adalah cara daftar :
- Download dulu borang permohonan di http://www.cimb-bizchannel.com.my/index.php?ch=dload&pg=dload_4&ac=4
- Lengkapkan maklumat yang diperlukdan
- Selepas isi semua borang yang diperlukan,hantar ke cawangan CIMB yang terdekat
- Setelah permohonan anda diproses, butiran untuk log masuk dan katakunci akan dihantar kepada Authorised User(s) dan System Administrators melalui 2 emel berbeza
- No PIN akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan. Harap maklum bahawa sistem hanya boleh menghantar mesej ke nombor telefon Malaysia sahaja.
- Untuk pakej Standard dan Customised, pengguna boleh terus menggunakan servis setelah mendapat kod OTP di Security Device yang didaftarkan
- Untuk pakej Lite, penggunakan akan menerima kod OTP melalui SMS
Aplikasi CIMB BizChannel
Untuk menggunakan semua perkhidmatan yang disediakan,anda boleh muat turun aplikasi rasmi mereka di pautan berikut:
- Play Store – Untuk pengguna Android
- App Store – Untuk pengguna iOS
Pengaktifan CIMB BizChannel
Bagi pengguna yang pertama kali,anda boleh log in melalui cara berikut:
- Log masuk di BizChannel CIMB di cimb.bizchannel.com.my
- Klik pada First Time Login
- Masukkan maklumat Company ID dan User ID yang dihantar kepada emel
- Klik butang Next
- PIN akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan
- Masukkan nombor PIN tersebut dan klik pada butang Next
- Lengkapkan segala maklumat yang diminta
- Klik butang Submit
- QR Code akan dipaparkan pada laman tersebut selama 60 minit
- Buka aplikasi BizChannel @CIMB di peranti anda
- Slide untuk Mobile Token dan klik butang Next
- Klik butang Add Token Account
- Scan QR Code yang dipaparkan di portal menggunakan peranti anda
- Masukkan katkunci dan klik butang Submit
- Tandakan pada kotak “Agree with Terms Conditions”
- Klik butang Done
Cara login CIMB BizChannel
Setelah akaun anda aktif,anda perlu login CIMB Bizchannel dengan cara berikut:
- Log masuk melalui pautan berikut: cimb.bizchannel.com.my
- Isikan Company ID dan User ID anda
- Klik butang Next dan anda telah berjaya login
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Phone No: 1300 888 828/+603 2297 3000
Email: mybusinesscare@cimb.com