Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Di zaman teknologi yang serba canggih ini,semua benda dilakukan secara online termasuklah memperbaharui informasi penting diri seperti lesen memandu/maykad dan passport.
Dah perbaharui Online Pasport anda?Untuk maklumat terbaru,sistem Temujanji Online (STO) dimansuhkan mulai 11 Mei 2022, namun STO bagi urus niaga lain masih diteruskan seperti biasa.
“Jumpa Terus” (Walk-In) Bagi Kategori yang dibenarkan:
Pemohon mempunyai masalah cap jari boleh meneruskan bayaran dan hadir terus ke pejabat pemungut yang dipilih bagi pengambilan cap jari.
Kelulusan menerusi MyOnline Pasport boleh diperoleh dalam tempoh tiga (3) hari bekerja menerusi notifikasi yang dihantar kepada e-mel dan pemohon boleh hadir ke pejabat pemungut sekiranya tidak mendapat notifikasi selepas tempoh tersebut.
Pembaharuan / Gantian PMA secara atas talian melalui MyOnline Pasport boleh rujuk di bawah.
Nota: Pasport Hilang atau Rosak tidak dibenarkan mohon secara atas talian.
Adakah anda sudah maklum yang anda boleh perbaharui secara onlinePassport?Disini kami akan berkongsi segala maklumat berkenaan perkara ini.
Untuk makluman anda Imigresen Malaysia juga telah melancarkan satu sistem untuk memperbaharui passport secara online iaitu ‘My Online Passport’
Setelah membuat pembayaran secara online, anda hanya perlu hadir ke kaunter Jabatan Imegresen Malaysia yang berdekatan untuk membuat kutipan passport baru.
Walau bagaimanapun, kemudahan renew passport online ini hanyalah bagi pemohon yang passport mereka telah tamat tempoh sahaja.
Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.
MyIMMS eServices adalah sebuah portal yang diperkenalkan untuk pelbagai kemudahan yang dikendalikan oleh Jabatan Imegresen Malaysia antaranya:
Disebabkan pertambahan ramai orang yang ingin memperbaharui passport mereka, kerajaan Malaysia telah membangunkan aplikasi permohonan pembaharuan secara dalam talian melalui platform MyIMMS eServices.
Cara untuk renew passport anda secara online adalah seperti berikut:

Setelah anda membuat pembayaran,anda boleh semak di portal MyIMMS eServices sama ada pasport anda sudah siap atau belum.
Untuk pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah, anda perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran untuk hadir bersama
Sebarang pertanyaan lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Laman Rasmi :https://imigresen-online.imi.gov.my
No telefon : 03-8880 1555