Semakan Baki Loan LPPSA Online.Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah badan yang telah dibuat untuk menyediakan pinjaman perumahan kerajaan untuk penjawat awam. Jika anda ialah kakitangan kerajaan, anda haruslah mengambil kesempatan ke atas peluang yang ada ini!
Bagi mereka yang membuat pinjaman melalui LPPSA,anda boleh membuat semakan baki loan anda secara online dengan mudah dan cepat.Melalui kemudahan ini,anda boleh merancang kewangan anda kerana anda tahu jumlah yang perlu anda selesaikan dan baki tahun yang masih ada.
Manfaat Pinjaman Perumahan Kerajaan
Berikut adalah manfaat yang diberi:
- Mendapat pinjaman sehingga 100% dengan kadar faedah yang lebih rendah pada 4.0%.
- Layak memohon pembiayaan kedua, dengan syarat baki hutang pembiayaan pertama selesai sepenuhnya, dan kelayakan tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok semasa.
- Tempoh pinjaman untuk pinjaman pertama adalah selama 30 tahun, manakala untuk pinjaman kedua adalah selama 25 tahun. Tempoh ini juga bergantung kepada usia peminjam.
- Pakej perumahan sehingga usia 90 tahun (berbeza dengan pinjaman bank yang menghadkan sehingga usia 75 tahun).
- Faedah atas baki pinjaman mengikut kaedah baki berkurangan bagi setiap bulan jadi faedah bagi bulan seterusnya akan berkurangan.
Selain itu, terdapat satu lagi manfaat (diambil daripada Garis Panduan LPPSA, sila rujuk muka surat 38), iaitu:
“Bagi rumah bertanah, pengiraan akan bermula pada bulan berikutnya selepas bayaran kemajuan 100 peratus dikeluarkan atau pada bulan ke dua puluh lima (25) daripada tarikh kelulusan, yang mana terdahulu.”
Maknanya, dengan pinjaman perumahan LPPSA, kakitangan kerajaan tidak perlu membayar kadar faedah setiap bulan mengikut peratus (%) projek siap dibina, seperti pinjaman perumahan biasa.
Untuk rumah atas tanah yang baru, peminjam tak perlu membuat bayaran balik sehingga rumah siap 100% jika memenuhi salah satu syarat di bawah:
- Rumah siap dalam tempoh 24 bulan (2 tahun) daripada tarikh kelulusan pinjaman; atau
- Bayaran penuh dibuat kepada pemaju selepas rumah siap dibina
Boleh juga baca: Cara Mohon Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA
Cara Semak Baki Loan LPPSA Online
Berikut adalah cara untuk membuat semakan:
Untuk membuat semakan,anda perlu layari Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB) dan daftar akaun anda jika belum lagi mendaftar.
Untuk daftar akaun baru,ikuti langkah berikut:
- Layari laman LPPSA di alamat https://www.lppsa.gov.my/
- Pada bahagian menu yang terletak di bahagi atas web LPPSA, klik pada butang “LPPSA MyFinancing”
- Klik pada butang “Pelanggan Baru”
- Klik pada butang “Daftar Sekarang”
- Lengkapkan segala butiran dalam borang online yang diberikan
Setelah anda lengkapkan permohonan,anda boleh Log Masuk ke akaun anda dan gunakan kemudahan yang ada di dalam portal yang disediakan.Segala rekod permohonan dan baki pinjaman di pamerkan di dalam akaun anda.
Kemudahan Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB)
Selain membuat semakan baki pinjaman LPPSA,portal ini juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti:
- Status bayki pinjaman
- Penyata tahunan
- Semakan status permohonan baru
- Status bayaran balik (potongan gaji)
- Bayaran balik pinjaman
- Kalkulator pengiraan kelayakan
Aplikasi Mobile MyFinancing
Anda juga boleh semakan melalui telefon pintar anda melalui aplikasi LPPSA MyFinancing
Boleh muat turun aplikasi tersebut melalui pautan di bawah:
- Google Play – Android
- App Store – iOS
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
1. Portal eTiket (https://etiket.lppsa.gov.my/) atau,
2. Live Chat (https://chatbot.lppsa.gov.my/LiA_DaftarMasuk) atau,
3. Pusat Panggilan Utama LPPSA (03-8880 1600)
Laman web rasmi LPPSA : www.lppsa.gov.my