Cara Mohon Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA 2020

0 998

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah badan yang telah dibuat untuk menyediakan pinjaman perumahan kerajaan untuk penjawat awam. Jika anda ialah kakitangan kerajaan, anda haruslah mengambil kesempatan ke atas peluang yang ada ini!

Cara mohon online Permohonan Pinjaman Kerajaan LPPSA 2020

LPPSA atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam menyediakan bantuan khas buat penjawat awam yang ingin membeli rumah bernilai sehingga RM700,000.

Sebenarnya masih ramai rakyat Malaysia yang bergelut untuk memiliki rumah sendiri, baik pekerja dari sektor kerajaan ataupun swasta.

Memang ada pelbagai jenis pinjaman perumahan dan initiatif kerajaan yang ada di luar sana untuk membantu semua pembeli rumah contoh seperti pekerja swasta kita ada:

Perumahan Belia BSN MyHome-IPerumahan PR1MA
Rumah Idaman Rakyat SPNBRumah Mesra Rakyat SPNB

Berikut antara inisiatif baru yang diperkenalkan LPPSA:

Inisiatif 1: Memasukkan yuran guaman berkaitan penyediaan perjanjian pembiayaan perumahan sebagai sebahagian daripada skop pembiayaan LPPSA.

  1. Kos yuran guaman tidak termasuk dalam jumlah kelayakan pembiayaan LPPSA dan adalah satu pilihan (option) kepada pemohon.
  2. Kos yuran guaman ini adalah terpakai untuk yuran guaman dan bayaran berkaitan dokumentasi pembiayaan/ pinjaman, tidak termasuk yuran urusan perjanjian jual beli (SPA) dan kos pindah milik.
  3. Jumlah insurans/ takaful gadai janji yang dilindungi adalah merangkumi jumlah kelulusan pembiayaan termasuk kos yuran guaman.
  4.  

Inisiatif 2: Membenarkan pembiayaan perumahan bersama atau joint-loan daripada LPPSA, antara suami isteri atau anak-anak, dengan syarat semua pemohon adalah anggota perkhidmatan awam.

Manfaat Pinjaman Perumahan Kerajaan

Pelbagai kelebihan pinjaman perumahan kerajaan boleh dinikmati oleh penjawat awam antaranya adalah:

  • Mendapat pinjaman sehingga 100% dengan kadar faedah yang lebih rendah pada 4.0%.
  • Layak memohon pembiayaan kedua, dengan syarat baki hutang pembiayaan pertama selesai sepenuhnya, dan kelayakan tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok semasa.
  • Tempoh pinjaman untuk pinjaman pertama adalah selama 30 tahun, manakala untuk pinjaman kedua adalah selama 25 tahun. Tempoh ini juga bergantung kepada usia peminjam.
  • Pakej perumahan sehingga usia 90 tahun (berbeza dengan pinjaman bank yang menghadkan sehingga usia 75 tahun).
  • Faedah atas baki pinjaman mengikut kaedah baki berkurangan bagi setiap bulan jadi faedah bagi bulan seterusnya akan berkurangan.

Selain itu, terdapat satu lagi manfaat (diambil daripada Garis Panduan LPPSA, sila rujuk muka surat 38), iaitu:

“Bagi rumah bertanah, pengiraan akan bermula pada bulan berikutnya selepas bayaran kemajuan 100 peratus dikeluarkan atau pada bulan ke dua puluh lima (25) daripada tarikh kelulusan, yang mana terdahulu.”

Maknanya, dengan pinjaman perumahan LPPSA, kakitangan kerajaan tidak perlu membayar kadar faedah setiap bulan mengikut peratus (%) projek siap dibina, seperti pinjaman perumahan biasa.

Untuk rumah atas tanah yang baru, peminjam tak perlu membuat bayaran balik sehingga rumah siap 100% jika memenuhi salah satu syarat di bawah:

  • Rumah siap dalam tempoh 24 bulan (2 tahun) daripada tarikh kelulusan pinjaman; atau
  • Bayaran penuh dibuat kepada pemaju selepas rumah siap dibina

Syarat-syarat Kelayakan Perumahan Pinjaman Perumahan LPPSA 2020

Pemohon hendaklah mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga seperti berikut:

Kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga diberikan kepada orang yang layak berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut:

  1. Anggota Perkhidmatan Awam/ Pasukan Polis/ Angkatan Tentera;
  2. Anggota Pentadbiran Persekutuan iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik;
  3. Anggota Pentadbiran Negeri iaitu Menteri Besar, Ketua Menteri, Timbalan Menteri Besar, Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;
  4. Hakim Mahkamah Persekutuan/ Rayuan/ Tinggi tertakluk kepada Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45);
  5. Anggota Dewan Negara dan Dewan Rakyat;
  6. Yang Dipertua Dewan Rakyat;
  7. Anggota Dewan Undangan Negeri; dan
  8. Pekerja badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan.

Orang yang layak, yang berhak memohon kemudahan pembiayaan perumahan daripada Kerajaan Negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan yang mempunyai skim pembiayaan perumahannya sendiri tidak layak mendapat kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.

Pemohon layak untuk menikmati dua kali pembiayaan sama ada memilih SPPSA atau SPPSAi bagi pembiayaan pertama dan pembiayaan kedua tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Permohonan pembiayaan kedua dibenarkan dengan syarat pembiayaan pertama diselesaikan terlebih dahulu.

Pemohon yang telah mendapat kemudahan pembiayaan perumahan daripada Kerajaan Negeri, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hanya layak mendapat kemudahan pembiayaan kedua di bawah skim ini tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan kedua.

Lembaga membenarkan permohonan pembiayaan bersama untuk membeli satu hartanah yang sama tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan semasa di antara:
i. suami dan isteri; atau
ii. bapa/ ibu dan anak/ anak-anak.

Cara Membuat Permohonan Pinjaman Kerajaan LPPSA secara online

Sebenarnya, permohonan pembiayaan kini sangat mudah jika betul caranya, ada yang peminjam memberikan 100% proses permohonan dilakukan oleh agen perumahan, dan ada juga yang membuat permohonan sendiri. Lebih baik anda lakukan sendiri, supaya anda dapat belajar proses permohonan dan memahami setiap potongan atau prosudernya.

carta alir pemohonan perumahan kerajaan

Setelah anda berjumpa dengan pemaju, dan memilih rumah yang hendak dibeli, dan menerima dokumen-dokumen perjanjian jual beli (Sale and Purchase) rumah anda dikehendaki membuat permohonan pembiayaan secara online .

Permohonan boleh dibuat menerusi portal rasmi LPPSA di laman web rasmi LPPSA melalui pautan di sini.

Untuk membuat semakan permohanan anda,anda boleh melalui pautan link berikut di http://www.lppsa.gov.my/jomsemak/ dengan hanya memasukkan no kad pengenalan anda.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

X
logo hiburan.my

Subscribe Post Terbaru dari kami kepada anda!

Dapatkan PERCUMA Info Bantuan Kerajaan ke Telefon Anda Setiap Hari.
Jangan lupa CONFIRMKAN SUBSCRIPTION di email anda!

Sila confirmkan Subscription INFO PERCUMA kami di EMAIL ANDA SEKARANG!