Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Cara mohon Jawatan JPJ dan Senarai Jawatan

0 174

Berminat untuk mohon jawatan JPJ?Untuk pengetahuan anda,permohonan jawatan yang di tawarkan di JPJ adalah di buka sepanjang masa tertakluk kepada kekosongan yang ada.Pelbagai jawatan yang di sediakan,bagi mereka yang berminat dan berkelayakan boleh memohon pada bila-bila masa sahaja melalui laman kerja SPA9

Biasanya JPJ akan buka pengambilan apabila ada kekosongan semasa.Nak tahu cara mohon Jawatan JPJ dan senarai jawatan yang di sediakan?Ikuti perkongsian di bawah

Senarai Jawatan JPJ

Berikut adalah senarai jawatan yang di sediakan dengan kelayakan minima SPM:

  1. Pemeriksa Kereta Motor AB19
  2. Pemeriksa Kereta Motor AB29
  3. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
  4. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
  5. Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

Anda boleh juga baca: Senarai Jenis Jawatan Beruniform Kerajaan yang anda boleh Mohon

Syarat kelayakan Permohonan

Kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

Pemeriksa Kereta Motor AB19

  • warganegara Malaysia; dan
  • berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan.
    (Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,362.00) atau
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
    (Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,362.00) atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,420.12) atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,478.24)

Pemeriksa Kereta Motor AB29

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • sijil dalam bidang kejuruteraan jentera, automatif daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred AB29 : RM1,534.00); atau
  • diploma dalam bidang kejuruteraan jentera, automatif yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred AB29 : RM1,943.57);
  • mempunyai Lesen Memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 dan Lesen Memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang sah dan bersih serta mempunyai pengalaman memandu selepas memiliki kedua-dua lesen tersebut selama tidak kurang daripada 1 tahun. dan
  • lulus ujian-ujian fizikal yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80) dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal

dan pancaindera seperti yang berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta menpunyai rekod perkhidmatan yang baik.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95).
  • Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,846.15).

dan pancaindera seperti yang berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

  • ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,081.00);atau
  • bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis dan Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau
  • ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,285.00);atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,387.21).

dan pancaindera seperti yang berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Cara memohon

Permohonan boleh di buat secara atas talian dengan mengisi borang-borang di laman web rasmi SPA .Jika anda belum mempunyai akaun di SPA9,boleh rujuk panduan lengkap cara daftar SPA9

Untuk membuat pendaftaran langkah demi langkah anda boleh rujuk Panduan Daftar SPA9.

Maklumat lanjut

Sebarang permasalahan dan maklumat lanjut,boleh layari laman web rasmi SPA http://www.spa.gov.my/

Ada banyak lagi jawatan lain yang anda boleh mohon melalui portal SPA Malaysia melalui kelayakan SPM sebenarnya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Sila Share Artikel Ini Dahulu Kepada Rakan Anda yang Belum Tahu!