Pakej PerantiSiswa 2022:pelajar IPT b40 terima Bantuan Tablet percuma

Pakej PerantiSiswa Merupakan salah satu bantuan terbaru di dalam bajet 2022 di mana Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.Pakej ini dapat memanfaatkan kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.

Melalui pakej tersebut, satu peranti tablet akan dibekalkan kepada setiap pelajar B40 di IPT.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih. Pengenalan pakej yang dibentangkan dalam Bajet 2022 baru-baru ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan.

Pakej ini tertakluk kepada terma dans syarat yang telah di tetapkan.

Maklumat Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

bantuan tablet percuma ipt B40

Boleh juga baca: Bantuan Kredit Ewallet Belia RM150

Syarat kelayakan permohonan

Permohonan adalah untuk pelajar sepenuh masa di IPT dan datang dari keluarga B40 untuk menerima bantuan ini

Tarikh permohonan dan pendaftaran

Mengikut kenyataan rasmi MCMC,Tempoh memohon/daftar akan bermula pada suku kedua 2022. (April – Jun 2022)

Telco yang terlibat

Berikut adalah syarikat telekomunikasi yang terlibat:

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom),
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi),
  • Maxis Berhad (Maxis),
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile),
  • Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
  • YTL Communications Sdn Bhd (YES).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan masalah boleh rujuk kenyataan rasmi MCMC melalui pautan di bawah:

https://www.mcmc.gov.my/en/media/press-releases/bajet-2022-mcmc-menyelaras-pelaksanaan-pakej-per

Soalan lazim boleh rujuk DISINI.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Sila Share Artikel Ini Dahulu Kepada Rakan Anda yang Belum Tahu!

X