Cara Daftar MyDaftar OKU jKM secara Online Dan Kelebihan Berdaftar Dengan JKM

Daftar MyDaftar OKU JKM.Warganegara Malaysia dan di kategorikan sebagai Orang Kurang Upaya?Banyak Kelebihan OKU yang berdaftar dengan JKM.Seperti yang kita sedia maklum,pendaftaran OKU sebelum ini adalah menggunakan Borang Manual dan secara Sukarela manakala agensi yang terlibat ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia.Sebelum ini pendaftaran untuk mendapatkan kad OKU ini dilakukan menerusi platform Sistem Maklumat OKU (SMOKU) yang hanya boleh diakses oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Terbaru,Kementerian Wanita Keluarga, dan Masyarakat (KWKM) telah menambah baik sistem pendaftaran OKU dimana permohonan boleh dilakukan secara online melalui MyDaftar OKU.Pengenalan MyDaftar OKU akan memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada golongan OKU selari dengan Teras Strategik 8: Pelan Tindakan OKU 2016-2022 iaitu mewujudkan pengkalan data dan sistem maklumat yang komprehensif selain meningkatkan pendaftaran OKU.

Maklumat Pendaftaran OKU MyDaftar OKU

Mengikut data yang di ambil dari KWKM sehingga September,terdapat 582,944 OKU telah berdaftar dengan JKM.Selepas pelancaran MyDaftar OKU,di harapkan kemudahan ini dapat menambahkan lagi pendaftaran untuk OKU dimana pihak KWKM mensasarkan 2000 OKU yang akan mendaftar jika sistem ini dapat disebarkan di warwarkan kepada ramai.

NOTA: Selepas pendaftaran di luluskan di dalam sistem MyDaftar OKU,pemohon akan menerima kod QR dahulu sebelum mendapat kad fizikal.

Kod QR tersebut memberi kemudahan untuk berurusan dengan mudah di pusat perkhidmatan awam termasuklah stesen-stesen LRT dan pengangkutan awam yang lain termasuk e-hailing.

Daftar OKU Online JKM

Cara daftar MyDaftar OKU JKM

Senang sahaja daftar melalui platform ini.Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://oku.jkm.gov.my/.
  2. Klik menu ‘Daftar OKU.’
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik gambar berukuran passport.
  5. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar pendaftaran.

Semakan Permohonan

Pendaftaran dan permohonan boleh di semak melalui cara berikut:

  1. Layari laman web https://oku.jkm.gov.my/semakan_oku.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Cari.’
  3. Status pendaftaran dipaparkan.

Kelebihan berdaftar dengan JKM

Banyak kelebihan bagi OKU yang berdaftar dengan JKM.Berikut adalah manfaat yang diberikan:

  • Bantuan Kewangan JKM mengikut syarat dan kelayakan semasa.
  • Pelepasan atau pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  • Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU di bawah Kementerian Sumber Manusia.
  • Pengurangan tambang pengangkutan awam.
  • Bantuan Pelajar OKU di sekolah.

Baca juga: 11 Skim Bantuan JKM : Cara Daftar, Semakan & Kemaskini Online

Tempoh Masa kelulusan

Kelulusan permohonan manual sebelum ini mengambil masa 14 hingga 30 hari.Namun,jika mendaftar melalui platform ini,keputusan dan kelulusan boleh diperolehi dalam masa 24 jam.

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi melalui saluran berikut:

  1. Pihak JKM setiap negeri melalui pautan berikut https://oku.jkm.gov.my/hubungi_kami
  2. Facebook Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Sila Share Artikel Ini Dahulu Kepada Rakan Anda yang Belum Tahu!

X