Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Panduan Semakan Online No Pendaftaran Produk/ubat KKM

0 1,822

Semakan No Pendaftaran Produk/ubat KKM.Seperti yang kita sedia maklum.barangan kosmetik dan produk kesihatan kebanyakannya diperbuat daripada bahan kimia. Terdapat bahan kimia yang selamat digunakan dan terdapat juga bahan kimia beracun yang memudaratkan. Dengan itu, sebelum memakai suatu-suatu produk itu sebaiknya pengguna membuat Semakan No Pendaftaran Produk Dengan KKM secara atas talian/ online untuk mengetahui kandungan porduk tersebut terlebih dahulu.

Panduan Semakan Online No Pendaftaran Produkubat KKM

Mungkin masih ada persoalan, mengapa produk yang beredar di Malaysia harus lulus dari KKM? Ini disebabkan oleh kurangnya pengetahuan orang ramai untuk mengetahui kandungan produk dengan betul dan selamat.

Oleh itu, untuk melindungi kesihatan dan keselamatan pengguna daripada kosmetik yang beredar, KKM berada di barisan hadapan dalam mengesan, mencegah, dan memantau produk yang beredar dari dalam negara.

Cara membuat semakan online No Pendaftaran Produk/ubat KKM

Pengguna dapat melakukan semakan di portal rasmi NPRA untuk mengetahui samada produk yang mereka miliki memperoleh kelulusan atau tidak. Semua produk kosmetik serta kesihatan hendaklah didaftarkan dengan KKM untuk memastikan bahawa produk yang dijual tidak mendatangkan mudarat terhadap pengguna

Setiap produk yang telah berdaftar dan lulus akan memperoleh no pendaftaran yang mengesahkan produk itu selamat digunakan. Pengguna boleh membuat semakan dengan mudah secara online untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

  1. Buka pautan https://npra.gov.my
  2. Di bahagian Product Category, pilih Pharmaceutical atau Cosmetic

Di bahagian Search By, pilih salah satu kriteria:

  • Nama Produk (Product Name)
  • Nombot Pendaftaran Produk (Product Registration Number)
  • Nombor Notifikasi (Notification Number)
  • Nombor Syarikat (Holder Name)
  • Nama Pengilang (Manufacturer Name)
  • Pengimport (Importer)
  • Bahan Aktif (Active Ingredient)

No pendaftaran yang bermula dengan MAL adalah produk kesihatan manakala NOT adalah produk kecantikan.

Kemudian akan diikuti dengan lapan digit nombor dan diakhiri dengan kod rujukan. Contoh no pendaftaran: MAL04125628T

Kod Rujukan Produk

Berikut adalah jadual kategori kod produk

KOD PRODUKKETERANGAN
AScheduled Poisons
XNon-scheduled Poisons (over the counter products)
TTraditional Medicines
CContract Manufactured
EExport Only
RRepacked
SSecond Source
NHealth Supplement
HVeterinary
ZZero Rated GST
YOrphan Products

Maklumat Lanjut

Boleh layari laman Portal Rasmi National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) atau boleh ikut sebarang pemberitahuan terkini melalui media sosial Twitter Rasmi NPRA

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via