Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Pelik! Kambing Pokok Di Morocco

0 925

kambing pokokSebelum anda membuat apa-apa kesimpulan tentang gambar diatas,  gambar ini sememangnya realiti dan bukannya di reka atau “superimpose” di dalam Photoshop.

Peliknya, kambing aneh ini ini benar-benar memanjat pokok Argan di Morocco untuk mencari makanan, yang jarang ditemui di rantau ini. Kambing-kambing ini sudah biasa memanjat pokok malah mampu menyesuaikan diri untuk berjalan di atas pokok. Pastinya sukar untuk membayangkan  ia adalah salah satu haiwan yang berkuku “hoof”.

kambing pokok 2Yang lagi pelik najis kambing mengandungi biji-biji benih yang mereka makan digunakan ole hpenduduk tempatan untuk dikisar dan dijadikan minyak. Yang lebih membimbangkan,minyak ini kemudiannya diperoses untuk menghasilkan beberapa kegunaan termasuk kuliner dan kosmetik. Anda mungkin menolak versi produk-produk yang dijual oleh petani tempatan ini. Untuk setiap botol berisi 1 / 4 liter minyak hadaman kambing ini anda boleh dapat dengan membayar dari 15 hingga 50 dolar.

kambing pokok 3

Dikenali sebagai pemandu arah mahir di kawasan bergunung-ganang, mungkin ia bukan satu kejutan selepas anda semua mengetahui kambing boleh memanjat untuk sampai ke dahan yang curam dan sempit pada pokok yang sememangnya berbahaya.

Masih tidak percaya bagaimana kambing memanjat pohon sehingga ketinggian 30 kaki?

Sumber youtube: Robert Beal

Perhatikan di tengah-tengah video anda juga boleh melihat kambing turun ke bawah cerun pokok yang hampir tegak sebelum melompat ringan ke tanah di bawah dan diikuti kambing yang lain melompat dari suatu dahan yang lebih tinggidan mendarat ke tanah.

Sumber youtube: ajohan7

Sumber di petik dari majalahbiarbetul.blogspot.com

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via