Cara Mohon Pembiayaan S3P MARA pembiayaan sehingga RM50,000
S3P MARA merupakan Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro di mana ia diwujudkan untuk kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah bertujuan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro Bumiputera dalam pelbagai sektor kecuali sektor pertanian dan penternakan.
Skim pembiayaan ini mensasarkan kumpulan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 untuk meneruskan kelangsungan dan mempertingkatkan daya tahan perniagaan mereka.Perniagaan berdaftar secara sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan memenuhi syarat kelayakan dipelawa untuk mohon.
Maklumat Skim Pembiayaan
- Nama skim: Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro
- Tempoh skim pembiayaan: 1-6 tahun (12-27 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan
- Kadar keuntungan: 3% setahun (baki berkurangan)
- Pembiayaan adalah sehingga RM50,000.
Jenis Pembiayaan
Pembiayaan di buat utnuk usahawan yang memerlukan:
- Modal Pusingan
- Pembelian Peralatan
- Promosi dan Pemasaran
- Belanja Mengurus
Boleh juga baca: Cara Mohon AgroMakanan PENJANA Pembiayaan Sehingga RM50,000
Syarat-syarat kelayakan untuk memohon
Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang diperlukan:
- Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera
- Berusia tidak kurang 21 hingga 60 tahun
- Melepasi tapisan Carian Kredit/ Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS)
- Berpengalaman/ berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam bulan
- Perniagaan berdaftar secara sah di bawah SSM
- Mempunyai lesen/ permit/ surat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
Cara membuat permohonan S3P MARA
Berikut adalah cara membuat permohonan:
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal MyUsahawan yang boleh diakses melalui laman web rasmi MARA berikut:
- https://www.mara.gov.my; atau
- Aplikasi MyUsahawan http://aplikasi.mara.gov.my/MyUsahawan/; atau
- Hadir ke Pejabat MARA Negeri/ Pejabat MARA Daerah yang berhampiran dengan PKS beroperasi
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh layari website rasmi MARA iaitu www.mara.gov.my atau http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan.