Cara kemaskini No Telefon Akaun KWSP untuk hantar TAC/OPT i-Citra

0 1,144

Tukar no telefon baru atau anda sudah tidak gunakan no lama anda dan No ini anda daftar untuk akaun KWSP anda?Terbaru,permohonan i-Citra KWSP memerlukan anda untuk membuat pengesahan akaun KWSP anda.

Pencarum yang sudah tidak gunakan no telefon yang didaftarkan tersebut boleh membuat kemaskini no telefon supaya proses penerimaan TAC/OPT menjadi lebih mudah ketika proses pengeluaran

Cara kemaskini No Telefon Akaun KWSP

Mengikut hebahan dari KWSP,terdapat dua cara anda boleh buat jika anda telah tukar no baru anda iaitu

  1. Mengemaskini / update nombor telefon terbaru di kaunter / kios KWSP
  2. Jawab soalan keselamatan

Cara kemaskini no telefon di kaunter/kiosk KWSP

Untuk membuat pendaftaran atau kemaskini No telefon anda,anda boleh ke kiosk KWSSP yang berhampiran anda kerana proses ini memerlukan pengesahan MyKad dan cap ibu jari.

Boleh rujuk setiap lokasi kiok KWSP melalui pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks

  1. Hadir ke KIOSK KWSP berdekatan dengan anda.
  2. Masukkan kad pengenalan ke dalam kiosk KWSP
  3. Imbas ibu jari bagi tujuan pengecaman Cap Ibu Jari
  4. Pilih transaksi KEMASKINI NO TELEFON BIMBIT UNTUK TAC
  5. Sila kemaskini nombor telefon anda, tekan KEMASKINI

Untuk Proses di kaunter KWSP anda rujuk langkah ini:

  1. Buat Janji Temu Online KWSP untuk hadir ke kaunter
  2. Hadir ke kaunter KWSP mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan
  3. Isi borang kemaskini maklumat ahli
  4. Serahkan borang kemaskini ke kaunter
  5. Siap!

Senang sahaja,semua siap tidak sampai 5 minit.

Menjawab Soalan keselamatan Jika tidak kemaskini no Telefon

Jika anda tidak mahu membuat kemaskini no telefon anda,anda hendaklah menjawab soalan keselamatan semasa anda mendaftar i-sinar dahulu

no telefon daftar kwsp

Apabila anda menjawab soalan keselamatan dengan betul,anda boleh Log In tanpa membuat kemaskini nombor telefon di kiosk atau kaunter KWSP.Semasa Log masuk,anda boleh kemaskini no telefon anda yang baru.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh rujuk melalui saluran di bawah:

  1. Kenyataan Media KWSP: Pengumuman KWSP
  2. Soalan Lazim dari KWSP: FAQ i-CITRA
  3. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
  4. Media sosial KWSP
  5. Laman Rasmi :Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More