Diskaun Bil Elektrik TNB PEMULIH:Semak kelayakan dan Cara pengiraan

0 1,498

Di dalam Pakej PEMULIH,Kerajaan turut bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik TNB antara 5 hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.Antaranya, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.

Pemberian diskaun ini akan mula dimasukkan ke bil pengguna mulai Julai 2021.Diskaun bil elektrik ini akan diberikan kepada kumpulan sasar berikut berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan untuk tempoh 3 bulan dari 1 Julai 2021 hingga 30 September 2021:

bil elektrik TNB PEMULIH

Diskaun pakej PEMULIH akan diberikan mulai penggunaan 1 Julai sehingga 30 September 2021.Pengguna akan dapat melihat diskaun di dalam bil elektrik yang bertarikh 15 Julai 2021 dan seterusnya. Bagi pengguna yang menerima bil bertarikh antara 1 – 14 Julai 2021, amaun diskaun (yang layak) untuk bulan Julai 2021 akan dimasukkan ke dalam bil bulan Ogos 2021.

Pelanggan yang menerima bil sepanjang bulan Julai 2021 akan menikmati diskaun mengikut bilangan hari penggunaan dalam bulan Julai 2021. Diskaun yang diberikan adalah selepas mengambil kira rebat ICPT sebanyak RM0.02 per kWj.Diskaun PEMULIH akan mula dinikmati sepenuhnya di dalam bil bulan Ogos dan September 2021.

Semakan Kelayakan Diskaun Bil Elektrik TNB

Berikut adalah kelayakan atau Jenis-jenis tarif yang layak menerima diskaun bil elektrik:

takrif kelayakan diskaun elektrik

Pengguna kediaman (domestik) tidak perlu mengambil apa-apa tindakan.

Diskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna kediaman (domestik) yang berdaftar dengan TNB berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 Julai hingga 30 September 2021.

Kadar diskaun yang layak diterima

Berikut adalah kadar diskaun yang diberikan berdasarkan jadual berikut:

kadar pemberian diskaun TNB

Contoh, sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWj atau RM 77.00, maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 15% ke atas bil mereka.

Cara Pengiraan Diskaun

Pengiraaan diskaun bil elektrik adalah seperti berikut:

Formula Pengiraan Diskaun = % Diskaun  x  [ Caj dalam RM (kW + kWj) + ICPT +  Diskaun Lain (Sekiranya Ada) ]

kWjCaj  Penggunaan Elektrik
kWCaj Kehendak Maksimum
ICPTImbalance Cost Pass Through atau Pelepasan Imbangan Kos Bahan Api dan Penjanaan
DiskaunDiskaun sedia ada seperti diskaun 10% bagi institusi pendidikan

Peratus penjimatan yang diterima apabila mendapat diskaun adalah seperti berikut:

penjimatan bil elektrik selepas diskaun

Maklumat lanjut

Sebarang permasalahan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi:

  • TNB CareLine di talian 1-300-88-5454; atau
  • E-mel [email protected]; atau
  • Kedai Tenaga yang berdekatan.

Sumber: PEMULIH-TNB

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More