Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Cara Semak No kWSP secara online dan manual

Anda sudah semak No KWSP anda?No KWSP ini sangat penting untuk pelbagai urusan yang melibatkan permohonan berkaitan seperti semakan baki akaun, jumlah caruman majikan, atau lain-lain hal yang berkaitan seperti membuat pinjaman.

Ada beberapa cara untuk membuat semakan No KWSP anda sama ada secara atas talian atau manual.Ikuti perkongsian kami di bawah

Maklumat KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah tabung simpanan persaraan untuk tenaga kerja Malaysia. Ianya adalah selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

KWSP ditubuhkan pada 1951 dan terus kekal relevan hingga ke hari ini. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang bagi menjamin persaraan yang lebih baik dengan melindungi dan meningkatkan simpanan persaraan anda.

Cara Semak No KWSP

Terdapat beberapa cara untuk anda membuat semakan iaitu:

1.Semakan Secara Online

Untuk membuat semakan menggunakan kad pengenalan,anda hendaklah daftar dahulu i-Akaun yang disediakan KWSP.Dengan mendaftar anda boleh mengakses akaun KWSP dan menyemak nombor ahli, membuat semakan baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP, atau lain-lain urusan kewangan yang berkenaan.

Jika anda adalah pengguna pertama kali login,anda hendaklah dapatkan  ID pengguna dan Kata laluan

Maklumat lanjut mengenai i-Akaun,Anda boleh baca: Cara Daftar I-Akaun Dan Semak Penyata KWSP Online

2.Semakan No KWSP secara manual (KIOSK)

Untuk pengetahuan anda,anda juga boleh membuat semakan menggunakan ibu jari di kiosk KWSP anda yang berdekatan.Hadirkan diri di KWSP yang berdekatan dan dapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

Kemudian dah boleh daftar I-Akaun dan gunakan fungsi KWSP online sepenuhnya.

3.Semakan melalui panggilan telefon

Anda juga boleh menggunakan telefon untuk membuat semakan.Semakan boleh di buat melalui :

NO telefon:03 – 8922 6000

Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran-saluran berikut:

Lokasi Pejabat dan Kiosk :https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks

Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Kepada Rakan Anda yang Belum Tahu!