Sifat Peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sifat Peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
| Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Jika tidak berkecimpung di dalam dunia politik pun, beliau tetap adalah:
– seorang bapa mithali ( diceritakan sering mengejutkan anak-anak dan menantu bangun tahajjud dengan tegas bila di rumah )
– seorang mursyid
– seorang ustaz
– seorang yang mahir dengan tafsir al-Quran
– seorang pelajar hadis
– seorang yang menghafal al-Quran
– seorang cendekiawan Islam ( alim bidang ilmu-ilmu agama )
– seorang ulama
– seorang pencinta buku, gemar membaca buku ilmiah
– seorang yang mahir dengan bahasa sastera dan balaghah yang kadang-kadang salah dimengertikan orang yang tidak faham bahasa Kelantan.
– seorang yang tegas dengan syariat Allah, namun senang jua menitiskan air mata kerana Allah
Beliau dihina dari segenap arah dan sudut. Misalnya, posternya dikencing, digabungkan dengan gambar khinzir, dibuat banner seks lucah, dikatakan ‘najis’, dituduh nyanyuk dan sebagainya. Namun, beliau dengan rela hati memaafkan kesemuanya tanpa dendam.
Beliau tidak kaya. Beliau tidak mewah.
Apabila cinta pada agama sebati di jiwa, bukankah itu lebih berharta dari orang harta berjuta?
Biarlah dunia membenci,
tapi jangan lupa masih ada yang menyayangi.
Begitulah manusia.
Ketika ada, dicerca.
Ketika tiada, baru nak menghargai.
Jangan tunggu sampai bintang itu padam.
Sifat Peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat