Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Tidur berdengkur adalah satu keadaan yang boleh dicirikan dengan bunyi garau atau kasar yang muncul apabila pernafasan tersekat ketika anda sedang tidur.Bergantung pada penyebab anda tidur berdengkur,selain daripada bunyi yang disebabkan oleh dengkuran,anda juga boleh mengalami beberapa keadaan berikut:
Tidur berdengkur bukanlah satu masalah besar.Namun jika dengkuran anda agak kuat dan boleh menganggu pasangan atau anda terjaga dari tidur dalam keadaan tercunggap atau tercekik maka anda perlulah berjumpa doktor.Ini kerana keadaan tersebut mungkin menunjukkan dengkuran anda disebabkan oleh keadaan yang lebih serius seperti apnea tidur terhalang.Bagi anda yang memiliki anak yang suka berdengkur tanya doktor anda mngenainya.Kanak-kanak juga boleh mengalami apnea tidur terhalang.Tetapi masalah hidung dan tekak seperti tonsil membesar dan obesiti menjadi penyebab tabiat berdengkur terhadap anak-anak.
Terdapat pelbagai faktor-faktor yang membawa masalah berdengkur sperti anatomi pada mulut dan sinuspengambiln alkohol,alahan, selsema dan berat badan.Apabila anda tertidur,otot-otot lelangit mulut,lidah dan tekak akan berehat dengan sepenuhnya sehinggakan ia bergetar dan sebahagiannya boleh menghalang laluan udara.Semakin sempit laluan udara membuatkan peredaran udara seperti dipaksa-paksa.Ini menyebabkan peningkatan dalam getaran tisu sekaligus menjadikn dengkuran anda lebih kuat.Keadaan-keadaan berikut pula boleh memberikan kesn pada laluan udara dan penyebab dengkuran
Memiliki lelangit lembut tebal,rendah atpau tonsil membesar atau tisu dalam belakang tekak(adenoid) boleh menyempitkan laluan udara.Begitu juga jika uvala memanjang edaran udara boleh terhalang dan getaran meningkat.Uvala adalah lanjutan lelangit lembut yang kecil dan lembut dari bumbung mulut di atas pangkal lidah.
Tambahan berat boleh terbina pada tekak dan menyumbangkan kepada penyempitan laluan udara.
Berdengkur juga boleh disebabkan oleh pengambilan alkohol dengan kadar yang terlalu banyka sebelum tidur.Alkohol merehatkan otot-otot tekak dan mengurangkan pertahanan semulajadi menentang penyekatan udara.
Kesesakan hidung kronik boleh menyumbangkan pada masalah berdengkur anda.
Berdengkur boleh juga dikaitkan dengan apnea tidur terhalang,Keadaan ini serius kerana tisu-tisu otot menghalang laluan udara sekaligus mencegah anda daripada bernafas.Apnea tidur boleh digambarkan melalui dengkuran kuat yang disertai dengan jangka waktu senyap apabila pernafasan berhenti atau hampir berhenti.Kadangkala penyekatan sepenuhnya tidak berlaku tetapi ketika berdengkur laluan udara menjadi kecil membuatkan udara tidak cukup untuk keperluan anda.Akhirnya berlaku kekurangan oksigen dan peningkatan karbon dioksida menyuruh untuk anda bangun sekaligus memaksa laluan udara terbuka dengan bunyi tercungap-cunga Corak ini boleh berulangkali berlaku pada waktu malam
Sedikit tips dari hiburan.my semoga artikel ini bermanfaat untuk semua!