Towing kereta Percuma biasanya disediakan oleh hampir semua syarikat insurans mengikut had jarak dan kadar bayaran yang lebih murah.Selain daripada tuntutan baik pulih kenderaan anda boleh juga dapatkan khidmat towing percuma daripada penyedia insurans anda.
Pemegang polisi insurans yang membuat insurans secara komprehensif (1st party) wajib tahu kekebihan yang dapat dari penyedia insurance tersebut. Contohnya syarikat Liberty Insurans memberikan sebanyak 150km untuk percuma penundaan (free towing) bagi kenderaan kereta.
Bagi syarikat Etiqa Takaful Car Insurance anda akan dapat sebanyak 200km “free towing”,semua ini anda perlu wajib tahu dan simpan nombor telefon syarikat insurans/ hotline 24jam ini.
Prosedur untuk dapatkan Towing kereta Percuma
Berikut adalah proses untuk gunakan trak towing secara percuma:
- Berlaku kerosakan kereta (breakdown) / kemalangan
- Membuat panggilan secara terus (direct) hotline 24jam syarikat insurans -> syarikat insurans mengambil laporan dan lokasi kejadian
- Syarikat insurans menghantar towing trak panel yang sah berdekatan tempat kejadian
- Towing trak akan tunda kereta pemilik ke bengkel kereta panel insurans yang berdekatan lokasi pemilik atau ke pusat servis (bagi kereta baru)
- Pemilik polisi perlu menandatangani bagi menandakan proses towing telah selesai.
Nota: Pastikan tiada sebarang wang yang dikeluarkan.Pemegang polisi mesti tahu towing trak percuma ini disediakan mengikut had jarak yang ditetapkan dan jika di lebuhraya anda hanya perlu bayar tol sahaja
Kadar had Jarak dan Bayaran Wang Tunda
Berikut adalah had jarak dan bayaran:
- Allianz – PERCUMA khidmat tunda kecemasan 24 jam sehingga jarak 150km
- Pacific & Orient – PERCUMA khidmat tunda 24 jam sebanyak RM350
- RHB – PERCUMA khidmat tunda 24 jam sebanyak RM 300
- Takaful Malaysia – PERCUMA 24 jam khidmat tunda sehingga jarak 50km bagi setiap perjalanan, tiada had perjalanan
- Etiqa Takaful – PERCUMA khidmat tunda sebanyak 200km
- Zurich Takaful – PERCUMA khidmat tunda sebanyak RM 200 setiap tahun
- Liberty Insurance – PERCUMA khidmat tunda Kecemasan 24 jam sehingga jarak 150km
- Lonpac – PERCUMA khidmat tunda 24 jam sehingga RM200
- Takaful Ikhlas – PERCUMA 24 jam khidmat tunda sebanyak 100km
- MSIG – PERCUMA khidmat tunda 24 jam sehingga RM200
- MPI Generali – PERCUMA khidmat tunda 24 jam sehingga RM300
- Tokio Marine – PERCUMA khidmat tunda 24 jam sehingga RM200
- Chubb – PERCUMA khidmat tunda 24 jam sehingga RM200
Seperti yang kita lihat,jika kurang daripada had jarak yang ditetapkan kita tidak perlu membuat bayaran.Semakin banyak kilometer diberikan secara percuma untuk towing, semakin kurang duit akan anda keluar jika ia melebihi limit maximum
Boleh juga baca:Cara Mohon Geran kenderaan Hilang
Beza Towing Insurans dan Towing Bukan Insurans
Berikut adalah perbezaanya:
Towing panel insurans | Towing bebas tanpa panel insurans |
Free mengikut polisi insurans yang telah anda persetujui | Bayar pada setiap kilometer dan jarak |
Kereta akan dihantar ke tempat bengkel panel insurans | Kereta dihantar ke bengkel dimana di recommend oleh pemandu |
Mengambil sedikit masa untuk tiba di tempat kejadian | Servis sangat cepat kerana majoriti adalah bukan di bawah panel insurans |
Tidak perlu membayar apa-apa melainkan melebihi kilometer perjalanan dan tol | Bayar setelah selesai towing dibuat. Bayaran berbeza mengikut waktu dan hari. |
Soalan Lazim/FAQ
- Berapakah bayaran yang dikenakan untuk khidmat tunda kereta?
- Anda tidak perlu membayar kerana perkhidmatan ini sudah tersedia dalam polisi insurans anda. Anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa sahaja secara percuma.
- Anda hanya perlu mengeluarkan wang sekiranya melalui tol atau jika jarak penundaan melebihi jarak yang ditetapkan oleh pihak insurans
- Berapakah harga tunda kalau bayar sendiri?
- Sekiranya anda menghubungi perkhidmatan tunda kereta persendirian, kos bagi servis mereka mungkin akan mencecah jumlah sebanyak RM250 dan ke atas bergantung kepada waktu dan jarak kereta anda ditarik dari kawasan kemalangan sehingga ke bengkel.
- Bolehkah anda tuntut kos tunda daripada syarikat insurans?
- Namun jangan lupa dapatkan resit tunda untuk diserahkan kepada syarikat insurans anda. Anda boleh membuat tuntutan sebahagian wang daripada bil tersebut. Syarikat insurans akan menyiasat dan beri pampasan yang sewajarnya.
- Adakah laporan polis perlu dibuat?
- Anda tidak perlu membuat laporan polis untuk mendapatkan khidmat tunda kereta. Laporan polis hanya diperlukan sekiranya anda ingin membuat tuntutan pembayaran balik untuk kerosakan kereta anda sahaja.
- Berapa kali anda boleh guna khidmat tunda kereta daripada syarikat insurans?
- Servis tunda ini boleh digunakan sekurang-kurangnya 2 atau tiga kali setahun secara percuma. Tetapi, kekerapan masih bergantung kepada syarikat insurans itu sendiri memandangkan mereka yang membayar servis itu kepada syarikat servis tunda ini.
- Ada syarikat yang membenarkan sekali penggunaan khidmat tunda sahaja setahun. Ada juga yang menyediakan perkhidmatan tunda sebanyak 2 atau 3 kali dalam setahun. Anda boleh merujuk syarikat insurans anda untuk ketahui dengan lebih lanjut.