Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nombor Pengenalan Cukai atau Tax Identification Number (TIN) merupakan satu nombor peribadi yang di gunakan sebagai identiti untuk setiap individu yang sudah perlu membyar cukai pendapatan.
Melalui TIN,pengenalan peribadi seseorang melalui No tersebut dapat memudahkan urusan peniaga atau individu yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai hasil pendapatan bagi tujuan pencukaian.
Kerajaan dalam Ucapan Bajet 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, 29 Oktober 2021 telah mengumumkan penggunaan nombor pengenalan cukai (atau TIN) dilaksanakan mulai tahun 2022 bagi memperluaskan asas cukai pendapatan.
Nombor pengenalan cukai adalah NOMBOR CUKAI PENDAPATAN sepertimana rekod sedia ada di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).
Nombor TIN seorang individu adalah gabungan dua belas penamaan digital, yang masing-masing membawa maklumat tertentu:
Boleh juga baca: Cara Daftar cukai LHDN EzHasil Login
Berikut adalah mereka yang layak untuk dapatkan TIN:
Mana-mana pembayar cukai yang terdiri daripada kategori di
bawah adalah diwajibkan mempunyai nombor pengenalan cukai (TIN) ini:
Pembayar cukai adalah merujuk kepada individu atau orang sepertimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967). ‘Orang’ adalah termasuk suatu syarikat, badan, orang, perkongsian liabiliti terhad dan perbadanan tunggal.
Nombor cukai pendapatan akan diberikan melalui permohonan yang dibuat atau diberikan oleh pihak HASiL menerusi kaedah:
Mana-mana pembayar cukai yang telah diberikan nombor cukai pendapatan sebelum atau pada 1 Januari 2022 adalah disifatkan sebagai nombor pengenalan cukai bagi pembayar cukai berkenaan
Berikut adalah cara untuk mendaftar:
(a) Secara dalam talian melalui laman e-Daftar atau
(b) Kemukakan borang pendaftaran ke Cawangan HASiL yang
berhampiran.
Berikut adalah cara untuk semak no cukai anda:
(a) Secara dalam talian melalui MyTax ;
(b) HASiL Live Chat;
(c) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100
(Luar Negara);
(d) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL; atau
(e) Cawangan HASiL yang berhampiran.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut: