ezHasil merupakan sistem online yang disediakan untuk membuat e-Filing cukai pendapatan LHDN.Kepada semua pembayar cukai dan mereka yang bakal membayar cukai buat pertama kali haruslah membuat pendaftaran untuk memohon pin untuk login ezHasil
Laman web ini adalah laman yang boleh diakses untuk menggunakan semua e-Perkhidmatan yang disediakan oleh LHDNM.
Apakah itu cukai Pendapatan?
Cukai Pendapatan adalah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu, syarikat dan sebagainya pada setiap tahun. Individu yang berpendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 setahun selepas potongan KWSP perlu membuat pendaftaran fail income tax e-Filing LHDN adalah sistem yang membolehkan pembayar cukai melakukan pengisian serta menghantar Borang Anggaran dan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara atas talian.
Siapa kena Bayar Cukai & Daftar LHDN?
Seseorang perlu mendaftar nombor cukai pendapatan sekiranya individu tersebut adalah seorang :
- Individu berstatus bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)
- Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun
- Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)
- Pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
- Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai
- Individu yang menjual/membeli hartanah
Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada HASiL.
Individu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :
- Daftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat
- Lapor Pendapatan Tahunan
- Bayar Cukai Pendapatan
Cara daftar No cukai Pendapatan LHDN
Untuk login dan mohon no Pin,anda perlu dapatkan no cukai pendapatan anda terlebih dahulu.Jika belum daftar,anda boleh daftar no cukai pendapatan LHDN dengan cara di bawah:
Untuk membuat pendaftaran nombor cukai pendapatan, sila pergi ke mana-mana cawangan LHDN berhampiran dan berjumpa dengan kakitangan LHDN di situ atau membuat pendaftaran secara atas talian/ online di MyTax
Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Pendaftaran secara e-Daftar :
- Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
- Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
Pendaftaran secara manual :
- Borang CP600 Kad pengenalan (kad pengenalan baharu, tentera, polis atau paspot)
- Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
- Penyata pendapatan/slip gaji
Setelah memperolehi nombor cukai pendapatan, anda sebagai pembayar cukai adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) sama ada menggunakan borang kertas atau melalui aplikasi e-Filing
Anda boleh juga baca: Cara Tukar Akaun Konvensional KWSP Ke Akaun Shariah KWSP
Login ezHasil dan Permohonan No Pin
Berikut adalah proses untuk login dan permohonan no Pin:
Pendaftaran Pertama Kali
Bagi pengguna yang pertama kali menggunakan aplikasi ini, pastikan anda melakukan perkara berikut:
- Pengguna mestilah salah seorang pembayar cukai yang berdaftar untuk mendapatkan atau menyemak No. PIN
- Sudah daftar no Cukai Pendapatan
Permohonan No. PIN
- Individu: Permohonan No. PIN boleh didapatkan melalui cawangan LHDNM yang berdekatan
- Organisasi: Permohonan No. PIN dapat dibuat dengan menghadiri Cawangan LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) dengan mengemukakan dokumen berikut
- Borang CP55B yang telah lengkap diisikan
- Borang 49, Sekiranya borang CP55B telah ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
- Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat – sekiranya CP55B ditandatangani oleh individu lain selain Pengarah Syarikat.
- Salinan kad pengenalan atau passport Pengarah Syarikat ataupun Wakil Syarikat.
- Pihak ketiga dibenarkan membuat permohonan dengan syarat terdapat kebenaran bertulis dengan menggunakan kepala surat syarikat daripada Wakil Syarikat besama-sama pengenalan diri Wakil Syarikat dan dokumen berikut:
- 1 salinan borang 49 (Iaitu sekiranya borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat)
- Surat Lantikan sebagai wakil pihak syarikat (Sekiranya borang iaitu CP55B ditandatangani oleh individu selain daripada Pengarah Syarikat)
Login Pertama Kali di ezHasil
Untuk login,anda perlu mengakses ke pautan berikut:
Berikut adalah proses untuk pertama kali login:
- Klik di bahagian Login kali Pertama

- Masukkan No. PIN serta No. Rujukan (No. Pengenalan) dan klik butang Hantar.
- Seterusnya paparan berikut akan keluar setelah anda berjaya login

- Masukkan maklumat yang dikehendaki dan klik butang Setuju.
- kemudian akan keluar paparan seperti di bawah
- Klik butang Hantar untuk teruskan tindakan dan akan keluar mesej di bawah sekiranya anda berjaya

Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,anda boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Telefon : 1-800-88-5436
- Twitter : @LHDNMOfficial
- Laman Facebook Rasmi LHDN
- Laman Facebook Rasmi LHDN