Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Permohonan Tukar Akaun Konvensional KWSP ke Akaun Shariah KWSP

0 441

Cara daftar tukar Akaun KWSP Konvensional kepada Akaun Shariah KWSP.

Akaun Shariah KWSP,pernah ke anda dengar?Untuk makluman akaun ini sudah wujud sejak 2016 lagi.Masih ramai lagi yang belum bertukar atau memang suka pakai yang konvensional?

Apa hukumnya jika masih kekalkan akaun konvensional KWSP?Untuk itu,jom kami kongsikan serba sedikit mengenai Akaun Shariah KWSP.

Apakah Akaun Shariah KWSP?

Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.

Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.

Konsep Pelaburan Patuh Syariah adalah seperti berikut:

  • Selain daripada pelaburan beretika yang bebas daripada pelaburan dalam sektor yang menghasil dan mempromosi antara lain alkohol, perjudian, hiburan dewasa dan senjata ketenteraan, semua aset pelaburan juga akan melalui proses saringan syariah berdasarkan kriteria dan garis panduan syariah yang ditetapkan oleh JKPS bagi menyingkirkan elemen tidak patuh syariah seperti riba (faedah), gharar (ketidakpastian dalam kontrak), maysir (perjudian) dan lain-lain elemen terlarang seperti barangan dan perkhidmatan tidak halal.
  • Untuk memastikan pematuhan syariah menyeluruh ke atas pelaburan Simpanan Shariah, JKPS telah menetapkan polisi syariah berkaitan pematuhan dan pengawasan pelaburan patuh syariah yang dikemaskini dari semasa ke semasa.
  • Oleh kerana jumlah aset pelaburan syariah KWSP (portfolio syariah) adalah lebih besar daripada jumlah simpanan ahli Simpanan Shariah, Simpanan Konvensional akan turut sama melabur di dalam portfolio syariah.
  • Pendapatan yang terhasil daripada portfolio syariah dialokasikan kepada Simpanan Shariah mengikut bahagiannya di dalam portfolio tersebut.

Kenapa orang islam perlu tukar ke Akaun Simpanan Syariah KWSP?

Menjawab persoalan ini,bagi yang beragama Islam:

  • Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
  • Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.
  • Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.
Pertukaran jenis Akaun KWSP

Bagi ahli yang bukan beragama Islam, anda juga boleh bertukar kepada akaun shariah ini.

Ia sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional, di mana:

  • Objektif pelaburan dan profil risiko yang sama.
  • Alokasi aset strategik yang sama.
  • Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
  • Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.

Perbezaan Kadar Dividen antara Dua Akaun Tersebut

Kadar dividen akaun simpanan shariah dan akaun konvensional adalah kompetitif.

Senang cerita akaun simpanan shariah tidak perlu dilakukan penyucian dividen KWSP.

Apakah Perbezaan di antara Akaun Konvensional dan Akaun Shariah?

Di bawah adalah perbezaan yang boleh di lihat:

Simpanan ShariahSimpanan Konvensional
KeahlianSemua ahli KWSP boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah.Semua Ahli KWSP adalah Simpanan Konvensional selagi mana belum memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah
Akad (Kontrak Shariah)Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan akad WakalahTidak berkenaan
Kadar dividenKadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh SyariahKadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah) dan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5%
Perakuan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)Diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) dan tertakluk kepada Rangka Kerja Tadbir Urus SyariahTidak berkenaan
Pertukaran akaunAhli tidak boleh memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasaAhli boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Sharia

Penyucian Dividen

Berikut adalah contoh penyucian dividen yang perlu di lakukan oleh ahli beragama islam dan pelaksanaan pelaksanaan Simpanan Shariah KWSP

Jom kita tukar ke Simpanan Shariah untuk simpanan persaraan yang suci & patuh syariah.

TahunPeratus (Simpanan Shariah)Peratus (Simpanan Konvensional)
20216.105.65
20204.905.20
20195.005.45
20185.906.15
20176.406.90
Sumber dari laman web rasmi KWSP : Sila rujuk (link ke Sejarah Kadar Dividen)

Permohonan Tukar Akaun/Cara Tukar Akaun Konvensional ke Akaun Shariah

Terdahulu anda perlu daftar i-akaun KWSP untuk anda membuat permohonan pertukaran secara online.

Nak daftar i-akaun tak tahu rujuk SINI

Berikut adalah langkah permohonan pertukaran:

  • Log masuk ke i-Akaun (Ahli)
  • Pilih tab Simpanan Shariah
daftar simpanan syariah

Ikuti arahan dan panduan untuk membuat pertukaran akaun.

Kemudian anda perlu membuat pengesahan maklumat ahli, akad Simpanan dan pengesahan persetujuan akad menggunakan TAC.

pertukaran ke akaun shariah

NOTA:

Ahli TIDAK BOLEH memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh rujuk pada pautan yang kami kongsikan di bawah:

Maklumat Akaun Shariah

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via