i-Sayang KWSP:Syarat kelayakan dan Permohonan
i-Sayang KWSP merupakan satu kemudahan yang telah di lancarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja / Employees Provident Fund (EPF) sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan khususnya ahli KWSP.
Pengerusi, Ahmad Badri Mohd Zahir berkata kemudahan ini akan membenarkan “pemindahan secara sukarela sebanyak 2% dari akaun suami ke akaun isteri“
Program ini adalah sebagai tanda sayang dan penghargaan kepada isteri oleh suami.Untuk isteri-isteri yang sentiasa bekerja keras dan berusaha untuk keluarga,ini adalah sebagai simpanan persaraan nanti
Apakah i-Sayang KWSP?
i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).
Kelebihan i-Sayang
Berikut merupakan kelebihan dan ciri-ciri yang ada dalam program ini:
- Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.
- Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
- Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).
- KWSP membahagikan caruman i-Sayang sebanyak 2% ke dalam akaun isteri (penerima) dengan mengkreditkan 70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2.
Kelayakan
Berikut merupakan kelayakan yang diperlukan:
SUAMI – PEMBERI
- Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
- Ahli KWSP
- Belum mencapai umur 75 tahun
- Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
Boleh juga baca: I-Suri KWSP: Daftar Dan Semakan Program Kasih Suri Keluarga Malaysia
ISTERI – PENERIMA
- Warganegara Malaysia
- Ahli KWSP
- Belum mencapai umur 75 tahun
- Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
Cara Memohon
Pendaftaran i-sayang adalah secara suka rela dan pemohonan boleh dilakukan dengan 2 cara:
- i-Akaun (Ahli); ATAU
- Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.
Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.
Maklumat Tambahan:
Pembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami (pemberi) hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima).
Sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima), suami (pemberi) perlu hadir segera ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan pembatalan. Kelewatan dalam memaklumkan perkara ini kepada KWSP akan mengakibatkan pemindahan caruman terus dibuat ke dalam akaun isteri (penerima).
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh rujuk maklumat berkaitan di bawah:
- Laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my; ATAU
- Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000; ATAU
- Cawangan KWSP yang berhampiran.
- Maklumat i-Sayang