Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dalam belanjawan 2023 yang lepas,kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan e-Wallet RM200 secara one-off sama seperti sebelum ini.Program tersebut dikenali sebagai e-Tunai Belia Rahmah iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.
Kerajaan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun
Inisiatif ini merupakan inisiatif tahunan Kerajaan yang pernah ditawarkan sebelum ini dalam Belanjawan 2022 (e-Pemula).
Atas dasar keprihatinan Kerajaan kepada rakyat Program ini diteruskan lagi pada tahun ini.Paling menarik kadar bayaran di naikkan sebanyak RM200 berbanding RM150 sebelum ini.
Pengkreditan RM200 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Pemberian bantuan dalam bentuk ewallet ini adalah untuk menggalakkan dan memupuk penggunaan belian tanpa tunai di kalangan belia lebih mudah.
Anda boleh juga baca: Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023
Kelayakan permohonan belum lagi di umumkan untuk 2023.Berdasarkan syarat kelayakan sebelum ini untuk e-Pemula ialah:
Akan dikemaskini untuk perubahan terbaru.
Kami akan kemaskini setelah mendapat maklumat terbaru melalui Portal Belanjawan 2023.
Untuk makluman sebelum ini, e-dompet atau eWallet yang terlibat dalam program ePemula adalah:
Akan di kemaskini jika terdapat aplikasi baru
Tarikh permohonan untuk 2023 belum diumumkan lagi namun mengikut permohonan tahun lalu,permohonan kredit ePemula telah dibuka pada April hingga Jun 2022.
Tarikh permohonan akan dikemaskini kembali setelah mendapat makluman yang terbaru.
Sebarang pertanyaan dan Maklumat lanjut boleh layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk sebarang maklumat terkini mengenai bantuan ini.