e-Qaryah merupakan platform online yang dibangunkan oleh Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
Seiring dengan teknologi dan perkembangan semasa rakyat Kelantan membuat urusan permohonan perkahwinan secara dalam talian yang ternyata lebih mudah berbanding kaedah konvensional.Platform ini merupakan ank data penduduk Negeri Kelantan untuk pelbagai kegunaan.
Platform sebegini di wujudkan untuk untuk memudahkan pihak agensi kerajaan mengenalpasti semua anak-anak mukim yang bermastautin dan bermukim di dalam mukim di Negeri Kelantan sekaligus memudahkan proses pengesahan status anak mukim.
Apakah Perkhidmatan e-Qaryah?
Berikut adalah 2 kemudahan utama yang disediakan:
- Pendaftaran Anak Mukim – Pengesahan anak mukim melalui sistem ini untuk mendapat kemudahan yang ditawarkan
- Permohonan Berkahwin – Permohonan berkahwin bagi Negeri Kelantan secara atas talian
- Semakan Pengesahan Status Anak mukim
- Semakan Status Permohonan Berkahwin
Segala permohonan berkaitan boleh di lakukan dengan melayari secara dalam talian di portal e-Qaryah di pautan berikut: https://eqaryah.kelantan.gov.my/
Cara daftar untuk Anak Mukim
Untuk membuat pendaftaran anak mukim,boleh ikuti langkah berikut:
- Pada halaman utama, klik pada “Pendaftaran Anak Mukim”
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Pilih borang pendaftaran – Ketua Keluarga / Ahli Keluarga
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan terlebih dahulu
- Sekiranya nama anda belum terdapat dalam sistem, lengkapkan segala butiran yang diminta untuk melengkapkan pendaftaran
Permohonan Pendaftaran Berkahwin
Untuk Membuat Permohonan berkahwin,anda boleh daftar melalui cara berikut:
- Pada halaman utama, klik pada “Permohonan Berkahwin”
- Sila baca dengan teliti segala prosedur dan lengkapkan dokumen sokongan yang disenaraikan
- Klik butang “Teruskan” pada bahagian bawah halaman
- Lengkapkan permohonan berkahwin anda dengan mengisi segala butiran yang diminta dan lampirkan kesemua dokumen sokongan yang disenaraikan
Baca juga: Cara Buat Temujanji HIV di KLinik Kesihatan di Mysejahtera
Peraturan Am
- Pemohon lelaki sekurang-kurangnya 18 tahun dan pemohon perempuan 16 tahun. Pemohon yang berumur kurang dari umur yang ditetapkan hendaklah mengisi borang permohonan ini dan mendapatkan kebenaran bawah umur daripada Mahkamah Syariah.
- Borang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah.
- Pemohon hendaklah seorang yang bermastautin di dalam negeri Kelantan (Kod 03 atau 29 di dalam kad pengenalan) atau beralamat Kelantan di dalam kad pengenalan.
- Permohonan yang dibuat secara online hanya akan diproses apabila pemohon melaksanakan proses-proses seperti di dalam tatacara permohonan berikut :-
- Pemohon hendaklah mengisi borang online dengan lengkap.
- Pemohon hendaklah mencetak borang yang telah lengkap diisi.
- Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan anak mukim daripada Penolong Pendaftar NCR/Imam Tua Masjid Mukim di dalam borang yang dicetak.
- Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan oleh pemohon atau wakil (ahli keluarga sahaja). Pemohon perlu hadir ke Pejabat Agama Jajahan tempat akad nikah dijalankan (bagi permohonan berkahwin dalam negeri) ATAU jajahan tempat tinggal (bagi permohonan berkahwin ke luar negeri/negara) bersama-sama dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan seperti berikut dengan 2 SALINAN:-
Boleh Juga baca: Cara Semak Status Perkahwinan Dan Cerai Online
Untuk lebih jelas,tonton video di bawah:
Maklumat Lanjut
Maklumat dan pertanyaan lanjut boleh ajukan pada pegawai yang bertugas :
Alamat:
Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
Kompleks Islam Darulnaim
Jalan Sultan Yahya Petra
15200 Kota Bharu, Kelantan
Tel: 09-7443633
Faks: 09-7446685
Email: jaheaik@kelantan.gov.my