Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dah muat turun Aplikasi CaltexGo?Sebelum ini jika anda ingin mengisi minyak,anda perlu keluar dan buat bayaran di kaunter.Tambahan jika ramai anda perlu beratur dan agak lambat.
Terkini,melalui Aplikasi CaltexGo anda hanya perlu bayar secara online sahaja melalui telefon anda di stesen yang terpilih.Senang sahaja nak daftar Aplikasi ni,mari kami kongsikan lebih lanjut di bawah
Merupakan aplikasi yang di bina oleh Caltex untuk memudahkan pelanggan mereka membeli petrol dan membayar secara online melalui telefon.
Melalui aplikasi ini, proses pembayaran menjadi lebih mudah tanpa perlu beratur di kaunter serta menjiamtkan masa.
Terbaru,Chevron Malaysia Limited (Chevron), yang merupakan pemasar jenama Caltex di Malaysia telah melancarkan program kesetiaan pelanggan terkininya iaitu Caltex Rewards.
Dengan guna aplikasi CaltexGo,program Caltex Rewards membolehkan anda mengisi minyak, mengumpul mata dan menebus pelbagai ganjaran dalam transaksi sama.
Caltex Rewards menawarkan pengalaman pengguna yang lancar dan fungsional sama ada menggunakan aplikasi CaltexGO, laman web, atau kedai stesen, termasuk rakan niaga seperti Family Mart, Lotus dan Grab.
mata terkumpul juga boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun bagi pembelian petrol di semua stesen Caltex.
Ahli Caltex Rewards juga berpeluang untuk memilih daripada pelbagai jenis ganjaran termasuk penebusan petrol hinggalah e-baucar yang boleh dilihat di aplikasi CaltexGo atau laman web Caltex.
Jika berminat,anda boleh daftar di mana-mana stesen Caltex di Malaysia. Mereka yang mendaftar melalui aplikasi atau laman web akan mendapat 500 mata selamat datang (RM5) dimana pengguna boleh mengumpul 2 mata Caltex Rewards untuk setiap 1 liter petrol yang diisi.
Pengguna juga akan diberi ganjaran 500 mata sebagai bonus untuk hari jadi setiap tahun.
Aplikasi ini boleh di muat turun melalui pautan link di bawah.Pastikan anda klik melalui link yang betul dan bukan spam
Pautan Download:
Anda juga boleh baca: Cara guna Aplikasi SETEL di Petronas
Untuk makluman anda,kini terdapat 58 stesen yang telah terlibat di Malaysia yang menyokong sistem pembayaran mudah alih ini dan bakal di tambah lagi lebih stesen yang akan menyokong pembayaran ini di masa akan datang.
Anda boleh membuat semakan senarai penuh stesen minyak yang terlibat melalui link di bawah:
Lokasi Stesen yang terlibat untuk CaltexGo
Untuk membuat pendaftaran untuk kali pertama,anda boleh:
Sebelum memulakan pembayaran, GPS di telefon haruslah diaktifkan dahulu untuk mengesan lokasi stesen minyak. Seterusnya, pilih nombor pam dan sahkan. Selepas selesai mengisi minyak, tiada resit fizikal dikeluarkan tetapi pengguna akan menerima resit digital.

Berikut cara guna aplikasi ini:

Terdapat transaksi yang tidak dibenarkan pada apl CaltexGO saya. Adakah saya perlu membayar?
Jika telefon saya terputus atau ‘mati’, bolehkah saya log masuk ke akaun aplikasi CaltexGO saya daripada peranti orang lain untuk membayar bahan api?
Apakah yang perlu saya lakukan jika telefon saya dicuri atau jika terdapat risiko transaksi tanpa kebenaran cth. seseorang telah mendapat butiran saya?
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi melalui saluran berikut: