Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Pernah dengar isi minyak guna Kad Visa Touch N Go?Memandangkan zaman sekarang trend pembayaran tanpa tunai atau e-wallet semakin digemari dan sinonim dengan peredaran teknlogi maklumat
Ya sekarang dengan teknologi perkhidmatan pembayaran tanpa tunai baharu yang menggunakan teknologi Touch ‘n Go RFID bakal memberi impak yang lebih efisien memandangkan ia lebih selamat, mudah dan menjimatkan masa.
Kad Visa Touch ‘n Go adalah kad prabayar yang dipautkan (link) kepada baki Touch ‘n Go eWallet.
Berikut adalah beberapa fungsi utama Kad Visa Touch ‘n Go:
Boleh digunakan di dalam dan luar negara, secara atas talian, serta di mana-mana premis yang menerima transaksi menggunakan Kad Visa termasuklah pembelian minyak di stesen minyak terpilih dan pembayaran parking.
Berikut adalah perbezaan berbanding Kad Touch ‘n Go Biasa:
| Fungsi | Kad Visa T’nG | Kad T’nG Biasa |
| Penggunaan | Boleh digunakan di dalam dan luar negara, secara atas talian, serta di mana-mana premis yang menerima transaksi menggunakan Kad Visa. | Hanya boleh digunakan di touchpoint Touch n Go terpilih. |
| Baki Kad | Baki eWallet | Pada kad sahaja (tak termasuk baki eWallet, kecuali sudah dipautkan menerusi PayDirect untuk tol dan parking) |
| Pembayaran Tol | Tidak | Ya |
| Pengangkutan Awam | Tidak | Ya |
| Parking | Ya | Ya |
| Cara Untuk Dapatkan | Menerusi aplikasi Touch n Go eWallet. | Boleh didapati di : -Aplikasi Touch n Go – eWallet Lazada e-shop – Penjual atau kiosk stesen minyak terpilih |
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah semasa mengisi petrol menggunakan kad Visa Touch ‘n Go, sila bertanya kepada kakitangan stesen minyak atau hubungi nombor perkhidmatan pelanggan yang disediakan oleh Touch ‘n Go untuk bantuan lanjut. Pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam kad anda sebelum mengisi petrol.
Makluman: Urus niaga petrol memerlukan pra-kebenaran RM200 daripada baki eWallet anda dan sebarang jumlah yang tidak digunakan akan dikembalikan dalam masa 15 minit. Oleh itu, anda dikehendaki memastikan bahawa anda mempunyai baki minimum RM200 untuk sebarang transaksi petrol.
Boleh juga baca: Cara beli Kad Touch N Go (NFC)
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut: