Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kad Visa Touch N Go atau Kad Prabayar TNG Visa merupakan produk terbaru Touch N Go.Setiap pengguna TNG eWallet hanya dihadkan pada 1 kad, tidak seperti kad TNG biasa.
Untuk makluman kad ini adalah sama seperti kad BigPay, Wise dan MAE.Sekarang ini Touch ‘n Go sebenarnya ada 2 jenis kad iaitu Kad Visa dan Kad Touch ‘n Go biasa. Manakala kad TNG biasa mempunyai dua jenis iaitu kad biasa dan kad NFC
Mesti ramai nak tahu bagaimana cara nak mohon dan pengaktifan kad?Jom kami kongsikan di bawah.
Kad ini merupakan kad prabayar yang dipautkan kepada baki Touch ‘n Go eWallet anda. Ia boleh digunakan di seluruh dunia dan dalam talian untuk pembayaran barangan dan perkhidmatan, di mana sahaja kad Visa diterima. Di samping itu, anda boleh mengeluarkan wang tunai dari mana-mana ATM yang diaktifkan pada rangkaian Visa Plus.
Berikut merupakan perbezaan fungsi di antara dua kad ini:
| Fungsi | Kad Visa T’nG | Kad T’nG Biasa |
| Penggunaan | Boleh digunakan di dalam dan luar negara, secara atas talian, serta di mana-mana premis yang menerima transaksi menggunakan Kad Visa. | Hanya boleh digunakan di touchpoint Touch n Go terpilih. |
| Baki Kad | Baki eWallet | Pada kad sahaja (tak termasuk baki eWallet, kecuali sudah dipautkan menerusi PayDirect untuk tol dan parking) |
| Pembayaran Tol | Tidak | Ya |
| Pengangkutan Awam | Tidak | Ya |
| Parking | Ya | Ya |
| Cara Untuk Dapatkan | Menerusi aplikasi Touch n Go eWallet. | Boleh didapati di : -Aplikasi Touch n Go – eWallet Lazada e-shop – Penjual atau kiosk stesen minyak terpilih |
Anda hanya boleh memohon kad melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet: selagi anda berumur 12 tahun, berjaya melengkapkan eKYC anda dan kini menetap di Malaysia. Sila ambil perhatian bahawa setiap pengguna hanya berhak mendapat satu (1) kad pada satu-satu masa.
Berikut adalah cara membuat permohonan:
Ambil maklum bahawa yuran permohonan kad sekali sahaja sebanyak RM10.00 (Termasuk kos penghantaran RM5) dan yuran tahunan sebanyak RM8.00.
Boleh juga baca: Cara Isi Minyak Guna Kad Visa Touch N Go EWallet
Setelah anda menerima kad fizikal anda,pastikan anda buat pengaktifan kad dahulu sebelum menggunakannya.Berikut adalah proses pengaktifan:

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah:
Talian Customer Service: +603-5022 3888