Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Kad Touch N Go (NFC) : Harga,Cara beli online dan lokasi Penjualan (Kedai)

0 4,831

Touch N Go (NFC) merupakan kad yang di naik tarafkan teknologi baru yang membolehkan anda Top up pada bila-bila masa, di mana sahaja, pembayaran tanpa sentuh, tanpa tunai dan mudah.Senang bagi mereka suka travel dan balik kampung tanpa bersesak untuk tambah nilai di stesen minyak dan kedai yang terlibat

Teknologi NFC?Apakah di sebalik maksud teknlogi ini dan bagaimana kita boleh memanfaatkannya?

Apakah maksud kad Touch N Go yang di naik tarafkan dengan NFC?

Kad Touch N Go (NFC) bermaksud Kad Touch ‘n Go yang dinaik taraf dilengkapi dengan teknologi NFC untuk membolehkan tambah nilai melalui Touch ‘n Go eWallet, membolehkan anda tambah nilai dengan mudah di mana sahaja anda berada, bila-bila masa yang anda mahukan.

Kad ini boleh di gunakan untuk pembayaran secara tanpa tunai di semua lebuhraya tol di Semenanjung Malaysia, perkhidmatan pengangkutan awam utama di Lembah Klang dan di luar Lembah Klang kecuali Rapid Kuantan dan kawasan parkir terpilih.

Senang sahaja,pastiakn ada baki yang mencukupi dan terus imbas kad tersebut di pembaca kad TNG.

Beza kad kad Touch N Go Biasa dan NFC

Kad Touch N Go (NFC) ini dilengkapi teknologi terkini iaitu, “Near Field Communication (NFC)”, untuk membolehkan dan memudahkan penambahan nilai melalui Touch n’ Go eWallet.Kad versi lama tidak mempunyai ciri ini.

Oleh itu, hanya Kad TNG yang dinaik taraf yang dijual melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan ejen-ejen pihak ketiga terpilih TNG boleh digunakan untuk menambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet (versi aplikasi 1.7.72 dan ke atas).

Untuk membezakan antara kad versi lama dan baharu, sila rujuk pada simbol NFC pada kad (rujuk imej di bawah).

nfc kad Kad Touch ‘n Go
Kad Touch ‘n Go edisi klasikKad Touch ‘n Go yang dinaik taraf
dengan teknologi NFC
1. Bayaran tol

2. Tambang Keretapi & bas

3. Pembayaran di kedai

4. Parkir
1. Bayaran tol

2. Tambang Keretapi & bas

3. Pembayaran di kedai

4. Parkir

5. Semak baki melalui eWallet

6. Tambah nilai menggunakan baki eWallet

7. Beli melalui eWallet

kad yang baru dan lama boleh buat tambah nilai melalui kaedah biasa seperti di Stesen Minyak dan kedai terlibat

Apa NFC tu?

“Near Field Communication” ataupun NFC merupakan kaedah menghantar data secara “wireless” dengan menggunakan gelombang radio. Kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf menggunakan NFC untuk menghantar data tambah nilai secara “wireless” daripada terminal pembayaran iaitu pembaca NFC pada telefon bimbit anda yang telah diaktifkan untuk penggunaan.

Untuk menikmati faedah penuh kad yang dilengkapi “Near Field Communication” (NFC), sila pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:

  1. Akaun Touch ’n Go eWallet pengguna perlu disahkan melalui eKYC
  2. Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian (OS) minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain). Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minima dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet berfungsi. Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC. Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit anda sebelum mencuba ciri tambah nilai kad menggunakan eWallet
  3. Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik taraf

Sesetengah telefon bimbit mungkin perlu mengaktifkan fungsi NFC sebelum ia boleh digunakan dalam Touch ‘n Go eWallet anda. Sila semak dengan syarikat yang membekal model telefon bimbit anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keserasian telefon bimbit anda dengan NFC sebelum membeli kad TNG yang dinaik taraf.

Anda boleh juga baca: Cara mohon baki Duit Kad Touch ‘N Go bila sudah tamat Tempoh

Cara Semak NFC di telefon

Jika anda menggunakan peranti Apple iPhone 7 dan ke atas, ianya sudah mempunyai cip NFC di dalamnya. Oleh itu, semua iPhone yang dikeluarkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini mempunyai keupayaan NFC. Ciri NFC dihidupkan secara automatik di dalam iPhone.

Jika anda pengguna Android, kebanyakan peranti Android baharu mempunyai cip NFC dalam telefon. Cip NFC telefon anda perlu diaktifkan sebelum penggunaannya. Pergi ke “Settings” dan dalam bar “Search Settings“, taip “NFC”. Klik pada aktifkan NFC dan ikuti langkah yang terpapar dalam telefon bimbit anda.

Ikuti langkah berikut untuk semakan:

I) Semakan NFC bagi User Iphone

Untuk pengguna iPhone, anda boleh mengesahkan versi iOS telefon bimbit anda dengan melakukan langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Cari dan pilih aplikasi “Settings”

Langkah 2: Setelah mengaktifkan aplikasi “Settings”, klik “General”

Langkah 3: Kemudian, klik “About” dan ambil tahu tentang “Software Version” yang tertera

Langkah 4: Jikalau versi iOS anda belum dikemas kini, tekan “Software Update” di bawah “General” dan semak untuk kemas kini yang sedia untuk dimuat turun. Klik “Download and Install” untuk kemas kini iOS anda kepada versi terkini

Ii) Semakan NFC bagi User Android

Untuk pengguna Android, anda boleh mengesahkan versi iOS telefon bimbit anda dengan melakukan langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Cari dan pilih aplikasi “Settings”

Langkah 2: Setelah mengaktifkan aplikasi “Settings”, klik “About Phone” atau “About Device”

Langkah 3: Kemudian, klik “Android Version” dan ambil tahu tentang “Software Version” yang tertera

Langkah 4: Jikalau versi OS anda belum dikemas kini, tekan “Software Update” dan semak untuk kemas kini yang sedia untuk dimuat turun. Ikuti langkah yang tertera pada skrin telefon anda untuk mengemas kini OS anda kepada versi terkini

Sesetengah jenama/model telefon bimbit yang dibeli selain di Malaysia boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC/ fungsi NFC tidak disokong. Untuk menikmati kemudahan kad TNG yang dinaik taraf, sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit anda sebelum menggunakan kad TNG yang dinaik taraf dengan telefon bimbit anda.

Harga Kad Touch N Go (NFC)

Bagi bentuk generik,harga yang ditetapkan adalah sebanyak  RM10.00

NOTA: Sila ambil perhatian bahawa untuk kad yang dibeli melalui Touch ’n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas), caj kurier tambahan akan ditanggung oleh pembeli.

Cara Beli

Pembelian boleh dibuat secara online dan offline (kedai fizikal).Rujuk maklumat lokasi penjualan di bawah:

1)Beli Offline(kedai Fizikal)

Pembelian kad TNG yang dinaik taraf ini boleh didapati melalui kedai / stesen minyak yang terlibat.

Berkut kedai-kedai berdaftar yang menjual kad tersebut:

https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/card/enhance-card-outlet/

2)Beli online (e-Wallet Touch n Go)

Pastikan anda gunakan Touch ’n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas). Selepas selesai proses pembelian melalui aplikasi, pesanan anda akan dihantar ke alamat yang disenaraikan semasa pembelian. Anda hanya boleh menukar alamat anda sebelum melengkapkan pembelian dalam aplikasi.

Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama aplikasi

Langkah 2: Klik Order Touch ‘n Go Card/ Check status di bahagian bawah skrin. Ini akan membawa anda ke skrin pembelian kad

Langkah 3: Klik Order Now

Langkah 4: Pilih kuantiti pesanan dan klik Buy now

Langkah 5: Masukkan maklumat penghantaran dan selesaikan bayaran untuk pesanan (Nota: Kos penghantaran dikecualikan daripada harga jualan kad bernilai RM10. Kos penghantaran adalah seperti yang terpapar di dalam aplikasi. Penghantaran produk terhad kepada Semenanjung Malaysia sahaja

TOPUP kad touch n go NFC

Cara Link Kad Touch N Go (NFC) dengan TNG e-Wallet

Berikut adalah cara untuk link dan pastikan memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  1. Akaun Touch ’n Go eWallet pengguna perlu disahkan eKYC
  2. Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain). Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minimum dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet berfungsi. Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC. Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit anda sebelum mencuba ciri tambah nilai kad menggunakan eWallet
  3. Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik taraf

Setelah anda memastikan anda memenuhi semua prasyarat di atas, anda boleh memautkan kad TNG dinaik taraf anda mengikut langkah di bawah:

Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card di skrin utama

Langkah 2: Klik pada butang Add Card atau simbol ‘+’ pada sudut atas sebelah kanan

Langkah 2a: Sahkan akaun Touch n’ Go eWallet anda jika anda belum melengkapkan eKYC

Jikalau telefon bimbit anda mempunyai fungsi NFC:

Langkah 3: Klik pada Scan Now atau mceclip1.pngikon  

Langkah 4: Imbas kad TNG dinaik taraf anda di bahagian belakang telefon anda dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat. Untuk iPhone, imbas kad pada bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android, imbas di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan bergantung pada telefon bimbit anda

Langkah 5: Setelah berjaya, Nombor Siri 10-digit anda akan diisi secara automatik. Sahkan Nombor Siri 10-digit yang diisikan dalam aplikasi adalah seperti yang dicetak pada kad anda

Langkah 6: Isikan medan Preferred Card Name. Jika anda meninggalkan medan tersebut kosong, nama yang akan diberikan kepada kad terpaut anda akan berdasarkan sistem

Langkah 7: Tekan butan Add

Langkah 8: Masukkan PIN eWallet Touch ’n Go 6-digit anda dan anda kini bersedia untuk menggunakan kad TNG dinaik taraf

Nota: Anda boleh link kan sebanyak 5 Kad TNG di dalam Touch ’n Go eWallet anda

Jika telefon anda TIDAK mempunyai fungsi NFC (Anda diingatkan bahawa anda tidak akan dapat melakukan operasi tambah nilai melalui eWallet jika keupayaan NFC tidak diaktifkan pada telefon bimbit atau telefon bimbit anda tidak mempunyai ciri NFC)

Langkah 3: Masukkan Nombor Siri Kad 10-digit anda secara manual

Langkah 4: Isikan medan Preferred Card Name. Jika anda meninggalkan medan tersebut kosong, nama yang akan diberikan kepada kad terpaut anda akan berdasarkan sistem

Langkah 5: Klik pada butang Add

Langkah 6: Masukkan PIN eWallet Touch ’n Go 6-digit anda dan anda kini bersedia untuk menggunakan kad TNG dinaik taraf

Nota: Anda boleh memautkan sebanyak 5 Kad TNG di dalam Touch ’n Go eWallet anda

Cara Topup duit secara online dengan Kad Touch N Go (NFC)

Setiap kad TNG yang dinaik taraf tidak mempunyai nilai mata wang semasa dibeli. Anda boleh memilih untuk menambah nilai kad TNG anda melalui Touch n’ Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) atau di mana-mana operator bertauliah yang dilantik oleh TNGSB di seluruh Semenanjung Malaysia. Klik di sini untuk senarai penuh lokasi untuk menambah nilai.

Langkah-langkah untuk menambah nilai menggunakan:

i) Touch n’ Go eWallet: Sila ikut arahan pada Touch n’ Go eWallet anda untuk menambah nilai kad anda dengan mudah.

Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama Touch n’ Go eWallet

Langkah 2: Pilih kad yang mempunyai ciri “Near Field Communication” (NFC) yang anda ingin menambah nilai. Ikon NFC pada imej kad akan berwarna biru jikalau kad yang dipilih mempunyai ciri NFC. Klik butang Reload

Langkah 3: Imbas kad TNG dinaik taraf anda di bahagian belakang telefon anda dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat. Untuk iPhone, imbas kad pada bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android, imbas di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan bergantung pada telefon bimbit anda. Untuk pengalaman pengguna yang terbaik, sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit anda untuk mengetahui peletakan pembaca NFC pada peranti anda

Langkah 4: Enter your preferred amount. Nyatakan jumlah yang anda ingin tambah kepada kad anda. Had maksima setiap transaksi tambah nilai melalui eWallet adalah RM500

Langkah 5: Benarkan pembayaran dengan memasukkan PIN 6-digit Touch n’ Go eWallet anda

Langkah 6: Anda akan disuruh untuk mengimbas kad anda di bahagian belakang telefon bimbit mudah alih sekali lagi

Langkah 7: Jika operasi tambah nilai anda berjaya, anda akan lihat skrin Reload Successful. Jikalau operasi tambah nilai anda gagal, anda akan lihat skrin Reload Unsuccessful. Jikalau operasi tambah nilai anda masih “in progress”, anda akan lihat skrin Hold On, reload is Pending!

Langkah 8: Untuk mengesahkan baki kad selepas melengkapkan operasi tambah nilai, sila teruskan dengan menyemak baki kad dengan mengetik ikon NFC pada imej kad dan ikut arahan pada skrin anda

Nota: Pastikan telefon bimbit anda mempunyai ciri NFC dan ia telah diaktifkan dalam Settings anda. Bagi pengguna iOS, NFC dibolehkan secara automatic.

ii) Tambah nilai melalui SSK/Terminals/Mesin ATM or operator bertauliah lantikkan TNGSB seperti tambah nilai untuk kad TNG card yang sedia ada

Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam kad TNG anda sebelum menggunakannya bagi menikmati pengalaman yang lancar.

Soaln lazim kad Touch ‘n Go NFC

Adakah kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf saya mempunyai tempoh jaminan?

Kad TNG yang dinaik taraf mempunyai tempoh jaminan selama tiga puluh (30) hari dari tarikh pembelian.
Pengguna harus menyimpan resit sebagai bukti pembelian sekiranya ingin menuntut penggantian kad semasa dalam tempoh jaminan.

Bagaimanakah saya boleh mengetahui tarikh luput kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf saya?

Tarikh luput kad TNG yang dinaik taraf boleh dirujuk melalui cara-cara yang tertera di bawah:

– Dicetak di belakang kad anda;
– Dicetak pada resit yang anda perolehi apabila anda menambah nilai kad anda;
– Terpapar pada Touch n’ Go eWallet selepas anda memautkan kad anda pada Touch n’ Go eWallet; dan
– Terpapar di MYTouchnGo portal setelah kad anda didaftar di portal tersebut.

Kad TNG anda mempunyai jangka hayat selama tujuh (7) tahun atau tempoh yang ditetapkan oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB).

Apakah fungsi kod QR yang terdapat pada kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf?

Kod QR pada kad TNG yang dinaik taraf membolehkan pengguna memuat turun aplikasi Touch ’n Go eWallet.

Semua ciri yang berkaitan dengan tambah nilai Touch ’n Go eWallet, pemautan kad, pembelian kad dan PayDirect boleh didapati di Touch ’n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas).

Adakah kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf ini boleh menjadi tidak aktif jikalau tidak digunakan untuk jangka masa yang panjang?

Kad TNG yang dinaik taraf tidak mempunyai sebarang bentuk penyahaktifan yang dikenakan ke atasnya. Oleh itu, anda boleh menggunakannya sepanjang 7 tahun tempoh hayat kad.

Kad anda akan nyahaktif apabila tamat tempoh 7 tahun.
Anda juga diingatkan bahawa jika kad anda ditamatkan sebelum tarikh luput, ia akan dinyahaktifkan.

Penamatan kad boleh terjadi kerana tindakan-tindakan berikut:
Penamatan kad kerana kad hilang;
Penamatan kad atas permintaan anda; atau
Pemindahan baki daripada kad lama ke kad baharu. Kad lama anda akan ditamatkan

Adakah saya akan dikenakan fi/ bayaran perkhidmatan lain-lain untuk kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf ini?

Anda tidak akan dikenakan apa-apa fi/ bayaran berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh TNGSB sepanjang tempoh hayat kad TNG yang dinaik taraf ini iaitu selama 7 tahun.  

Apakah yang akan terjadi kepada baki wang di dalam kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf ini jikalau saya tidak menggunakan kad ini selama 7 tahun selepas tarikh transaksi terakhir?

Baki wang di dalam kad tersebut akan diklasifikasikan sebagai Wang Yang Tak Dituntut selepas tujuh (7) tahun dari tarikh transaksi terakhir. TNGSB akan mengambil langkah sewajarnya seperti yang ditetapkan di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 bagi baki wang yang tidak dituntut selepas tujuh (7) tahun dari tarikh transaksi terakhir.

Baki kad anda akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Bagaimanakah saya boleh mengakses kesemua ciri-ciri berkaitan pembelian kad, pautan kad ke Touch n’ Go eWallet dan penambahan nilai bagi kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf ini?

Sila pastikan aplikasi Touch ‘n Go eWallet anda telah dikemaskini kepada versi terkini (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) seperti yang tersedia di App Store dan Google Play Store. Anda mungkin mengalami kelewatan dalam menerima kemas kini aplikasi, tetapi semua kemas kini seharusnya tersedia sebelum 22 April 2022.

Sejauh manakah kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf ini perlu berada pada belakang telefon bimbit saya agar “Near Field Communication” (NFC) boleh berfungsi?

Kad TNG yang dinaik taraf mesti diimbas terus di bahagian belakang telefon bimbit anda agar “Near Field Communication” (NFC) berfungsi.

Bagi telefon bimbit berjenama iPhone, imbas kad di bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android dan jenama lain, imbas kad di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan dan juga bergantung pada telefon bimbit anda.

Sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit anda untuk lokasi pembaca NFC pada telefon bimbit anda sebelum menggunakan kad TNG yang dinaik taraf dengan telefon bimbit anda. Sila pastikan anda mengimbas kad di muka belakang telefon bimbit anda selama lebih daripada 5 saat.

Apakah prasyarat yang perlu saya ada untuk memaksimakan potensi penggunaan kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf ini?

Untuk menikmati faedah penuh kad yang dilengkapi “Near Field Communication” (NFC), sila pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:

1. Akaun Touch ’n Go eWallet pengguna perlu disahkan melalui eKYC
2. Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian (OS) minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain). 3. Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minima dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet berfungsi. Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC. Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit anda sebelum mencuba ciri tambah nilai kad menggunakan eWallet
4. Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik taraf

Sesetengah telefon bimbit mungkin perlu mengaktifkan fungsi NFC sebelum ia boleh digunakan dalam Touch ‘n Go eWallet anda. Sila semak dengan syarikat yang membekal model telefon bimbit anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keserasian telefon bimbit anda dengan NFC sebelum membeli kad TNG yang dinaik taraf.

Apakah akan terjadi jikalau telefon bimbit saya tidak mempunyai ciri “Near Field Communication” (NFC)?

Anda masih boleh menggunakan kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf seperti biasa untuk pembayaran di pembaca kad TNG fizikal. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat menikmati ciri tambah nilai melalui Touch ‘n Go eWallet.

Sumber: https://support.tngdigital.com.my/hc/ms-my/sections/4436212894873-Kad-Touch-n-Go-TNG-yang-dinaik-taraf

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

Customer service Klik di sini

Layari Facebook atau Twitter @MyTouchnGo.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via