Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Cara Semak Baki Loan Kereta Maybank Online dan Manual

0 3,909

Baki Loan Kereta Maybank boleh di semak dengan beberapa cara.Sememangya jika anda sudah lama membuat pinjaman Bank untuk kereta,mesti anda nak tahu berapa baki pinjaman yang masih ada.

Anda tidak perlu beratur di kaunter Bank untuk semak Baki loan anda,anda boleh ikuti langkah-langkah nak semak baki pinjaman kereta Maybank melalui perkongsian kami di bawah.Tidak perlu beratur panjang di Bank untuk semak baki loan anda lagi atau bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan Maybank lagi.

1.Semakan melalui Online di Maybank2u

Bagi pemegang akaun Maybank,anda wajib daftar Maybank2u untuk membuat transaksi secara online,menyemak baki simpanan anda dan banyak lagi kemudahan yang disediakan.

Pelbagai kemudahan yang disediakan oleh perbankan Maybank2u ini,namun ramai tidak tahu yang kita boleh juga membuat semakan baki pinjaman kereta di Maybank.

Berikut adalah cara semakan Online di Maybank2u:

  1. Layari website maybank2u di  https://www.maybank2u.com.my
  2. Masukkan usernama dan password anda
  3. Pilih Pay & Transfer.
  4. Pilih Pay.
  5. Pilih Payee.
  6. Pilih Maybank Hire Purchase.
  7. Pilih Amount and Effective Payment Date.
  8. Seleseai,maklumat baki pinjaman anda akan terpapar di skrin.

Anda juga boleh baca: Cara Semak Online Baki Pinjaman Rumah/Kereta Public Bank

2.Semakan di ATM Maybank

Bagi mereka yang tidak tahu,anda boleh buat semakan baki pinjaman anda di ATM yang berdekatan dengan anda tidak kira di mana sahaja anda berada asalkan ATM Maybank.

Boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk semak Baki Loan anda;

  1. Pergi ke mana-mana cawangan ATM Maybank terdekat
  2. Masukkan kad ATM dan PIN Anda.
  3. Pilih Other Transaction.
  4. Pilih Payment.
  5. Pilih Express Payment.
  6. Pilih Loan/Financing.
  7. Pilih Vehicle Loan/Hire Purchase.
  8. Masukkan Acc.No. or Vehicle no.
  9. Seleseai,jumlah baki pinjaman akan terpapar di skrin.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat Lanjut,boleh hubungi :

Khidmat Pelanggan: 1-300 88 6688

Laman Rasmi: Maybank2u


Leave A Reply

Your email address will not be published.

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via