Daftar Hong Leong Bank Online tanpa ke kaunter?Ya,kini anda boleh buka akaun Hong Leong Bank secara Online sahaja tanpa pergi ke bank.
Perubahan ini selarasa dengan garis panduan Electronic Know-Your-Customer (eKYC) yang diummkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 30hb Jun 2020.Untuk makluman, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) adalah bank pertama yang menggunakan kemudahan ini.
Segala kemudahan untuk membuka akaun boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi Apply@HLB.Paling utama,anda kena muat turun dulu aplikasi yang dinyatakan
Cara Download Aplikasi Apply@HLB
Seperti biasa,untuk download aplikasi yang di nyatakan,anda perlu pergi ke google play dan Appstore.Aplikasi ini boleh di muat naik secara percuma di pautan berikut:
Atau anda boleh search dengan keyword “Apply@HLB” jika link di atas tidak boleh di gunakan.
Makluman,hanya pemohon yang berumur 18 tahun ke atas sahaja yang layak memohon
Anda juga boleh lihat: Daftar AmOnline :Login Dan Daftar Online Banking AmBank
Cara Daftar Hong Leong Bank Online
Setelah anda memuat turun Aplikasi Apply@HLB dan buka aplikasi tersebut di telefon anda,boleh ikuti cara-cara pendaftaran seperti berikut:
1.Masukkan No Kad Pengenalan anda dan Sahkan identiti anda dengan swafoto yang akan diminta di dalam aplikasi tersebut
2.Masukkan segala butiran maklumat diri seperti yang diminta.
3.Buat kata nama pengguna dan kata laluan anda.
Setelah berjaya menghantar permohonan anda,permohonan anda akan diproses dalam masa 3 hari bekerja.
Biasanya,emel dan sms akan di hantar untuk memaklumkan permohonan akan diproses selama 3 hari bekerja.Sistem akan menghantar keputusan permohonan anda melalui pemberitahun emel dan sms dan pada masa yang sama anda akan di kehendaki untuk membuat deposit ke dalam akaun yang anda buka tersebut
Penghantaran Kad Debit
Penghantaran kad debit akan di hantar ke alamat yang anda masukkan dalam permohonan anda.Kad debit akan dihantar dalam masa 14 hari selepas anda berjaya membuat deposit ke dalam akaun yang baru anda buka itu
Pengaktifan kad debit boleh dilakukan dalam HLB Connect Online dengan cara mudah berikut:
Log masuk > klik pada ‘Perkhidmatan Lain’ > klik pada ‘Aktifkan Kad’ di bawah Kad Debit / ATM dan ikut arahan yang diberikan.
Cara Login dan aktifkan Perbankan Online Hong Leong
Untuk mengaktifkan perbankan Online,anda mesti mempunyai salah satu produk Hong leong Bank iaitu:
- Kad Debit
- Kad Kredit Prinsipal
- Akaun Tetap atau Simpanan
- Akaun Pembiayaan
Sebelum aktifkan pastikan sediakan maklumat penting ini:
- Kad Debit/ Kredit atau butiran akaun seperti kad/ nombor akaun dan PIN 6-digit.
- Pastikan nombor mudah alih anda telah berdaftar untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) melalui SMS.
- Pastikan nombor mudah alih anda telah berdaftar untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) melalui SMS.
Berikut adalah langkah pengaktfan akaun anda:
- Pergi ke butang “Register” di www.hongleongconnect.my
- Pilih jenis ID dan masukkan Nombor ID anda
- Lengkapkan TAC yang diterima melalui SMS
- Isikan butiran Kad Debit/ Kredit atau Akaun anda
- Buat Nama Pengguna dan Kata Laluan anda
- Buat Pilihan untuk Gambar Keselamatan anda
- Selesai daftar!
Maklumat Lanjut
Sebarang Pertanyaan dan Maklumat Lanjut,boleh hubungi melalui saluran-saluran berikut:
Customer Service centre No: 03 7626 8899 dari pukul 9 pagi – 6 petang; Isnin hingga Sabtu.