Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

PRKM:Permohonan Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia

0 1,208

Permohonan Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia terdahulu di kenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).PRKM adalah program perumahan yang ditawarkan rakyat miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Kategori Bantuan Perumahan

Bantuan in terbahagi kepada dua jenis kategori iaitu:

A. Bina Baharu

  • Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
  • Kadar Bantuan Baharu (2022)
    • Semenanjung : RM66,000 seunit
    • Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM79,000 seunit

B.Baik Pulih

  • Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:
    • Penyelenggaraan;
    • Penambahbaikan; dan
    •  Requisition;
  • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah.
  • Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.
  • Kadar Bantuan Baharu (2022)
    • Semenanjung : RM15,000 seunit
    • Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM17,000 seunit
kadar bantuan PRKM

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan yang di tetapkan untuk memohon bantuan ini:

  1. Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional
  2. Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FCD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  3. Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  4. Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

Anda juga boleh baca: Rumah IKRAM KPKT:Cara Mohon Rumah Kerajaan Hanya RM124 Sebulan

Cara Mohon Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia 2022

Berikut adalah cara untuk memohon:

  1. Layari Portal Rasmi KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR di pautan https://www.rurallink.gov.my/ atau isikan borang permohonan online di pautan https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Isikan semua maklumat dengan lengkap dan betul.
  5. Hantar permohonan anda.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan Maklumat Lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via