Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Contoh dan Format Surat Pengesahan Pendapatan

0 3,226

Surat Pengesahan Pendapatan merupakan surat akuan atau dokumen rasmi untuk mengesahkan pendapatan seseorang individu jika tidak mempunyai pendapatan tetap.Format surat ini boleh dilakukan dalam bentuk format surat rasmi

Bagi individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap,surat ini boleh di jadikan rujukan sebagai bukti pendapatan mereka.Oleh itu,jika indvidu terbabit ingin membuat permohonan bantuan(sama ada bantuan kewangan, bantuan persekolahan anak-anak dan lain-lain)slip gaji diperlukan untuk membuat perbandingan sama ada layak atau tidak.Di sini Surat Akuan pendapatan ini boleh di jadikan pengganti untuk slip gaji tadi

Apakah Kegunaan ?

Biasanya dokumen/surat akuan Pengesahan pendapatan ini di gunakan untuk membuat permohonan terutama bantuan-bantuan kerajaan seperti bantuan kewangan,pendaftaran sekolah,masuk universiti dan lain-lain.

Adalah penting untuk individu tersebut membuat pengisytihran pendapatan melalui surat akuan itu di sebabkan tiada pendapatan tetap dan adalah penting pengisytiharan pendapatan yang dibuat adalah betul.

Surat Akuan ini mestilah disahkan oleh individu atau pihak tertentu yang telah di tetapkan oleh undang-undang.

Siapa yang layak sahkan?

Disebabkan surat ini pengakuan pendapatan seseorang maka individu tertentu sahaja yang boleh sahkannya.Berikut adalah pihak yang berkelayakan untuk membuat pengesahan:

  1. Ahli Parlimen
  2. ADUN
  3. Ketua Kampung
  4. Ketua JKKK
  5. Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas
  6. Pengetua Sekolah
  7. Jaksa Pendamai
  8. Pesuruhjaya Sumpah

Paling senang untuk buat pengesahan sekarang boleh pergi ke pesuruh jaya sumpah yang berdekatan dengan anda jika anda sukar untuk mencari individu yang di nyatakan di atas.

Mudah Sahaja nak cari,anda cuma buat carian di Google dan akan keluar lokasi yang berdekatan anda.Untuk makluman,jika guna khidmat Pesuruh Jaya Sumpah anda perlu bayar untuk khidmat servis mereka .Selalunya caj yang di kenakan tidak mahal,hanya Rm4 untuk satu surat pengesahan.

Anda juga boleh baca: PindahMilik Tanah:Cara Mohon Tanpa Peguam(Borang 14A)

Butiran Wajib dalam Surat Akuan

Berikut adalah butiran wajib yang perlu ada di dalam surat tersebut:

  1. Nama penuh
  2. Alamat
  3. Nombor kad pengenalan
  4. Pekerjaan
  5. Pendapatan bulanan
  6. Tandatangan individu
  7. Tandatangan pengesahan
  8. Cop rasmi

Contoh Surat Pengesahan Pendapatan

Untuk contoh surat tersebut,tiada format yang rasmi yang penting mengandungi butiran wajib yang kami senaraikan di atas.Boleh lihat contoh-contoh di bawah dalam bentuk word dan PDF:

Contoh No 1

Surat Pengesahan Pendapatan Terkini

SURAT AKUAN PENGESAHAN PENDAPATAN

Saya ……………………………………………………….. No. KP ………………………………………………. beralamat ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Dengan ini mengesahkan bahawa saya ( bekerja sendiri / tidak bekerja ) sebagai …………………………………………………………..dengan pendapatan sebanyak RM ……………………….. sebulan.

Tandatangan : ……………………………………..

No. Kad Pengenalan : ……………………………………..

Tarikh : ……………………………………..

Pengesahan dari Ketua Kampung / Ketua Penduduk / Pesuruhjaya Sumpah

Saya …………………………………………………………….No.KP……………………………………….

Dengan ini mengesahkan bahawa penama sememangnya tinggal di kawasan ini. Saya dengan ini juga mengesahkan penama sememangnya ( bekerja sendiri / tidak bekerja ) dan pendapatannya adalah seperti yang dinyatakan diatas.

Tandatangan : ……………………………………………..

No. Kad Pengenalan : ……………………………………………..

Jawatan : ……………………………………………..

Tarikh : ……………………………… Cop Rasmi : …………………………..

Contoh No 2

(*NOTA : Untuk dilengkapkan oleh Penjaga yang tidak mempunyai Penyata Gaji / Penyata Pencen) Saya _________________________ No.Kad Pengenalan _____________________ Dengan ini sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa : Saya adalah Ibu / Bapa / Penjaga (potong yang tidak berkaitan) kepada

_________________________________ bekerja sebagai _____________________

dan berpendapatan sebanyak RM :                          sebulan.

Dan saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar.

____________________ _______________

Tandatangan Ibubapa/ Penjaga Tarikh

Disahkan oleh,

_____________________

Tandatangan dan Cop Rasmi

Ahli Parlimen / ADUN / Jaksa Pendamai / Penghulu / Pengerusi JKKK / Pengarah Institusi / Pengetua / Guru Besar / Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas

Maklumat Lanjut

Surat Akuan Tersebut mestilah betul dan benar memandangkan itu adalah pengakuan rasmi dari seseorang individu.

Sekiranya Individidu tersebut membuat pengakuan palsu(kurang daripada pendapatan yang asal),maka individu tersebut boleh dilaporkan kepada polis.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

TUTUP
Share via