Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Bantuan Latihan Perantis JKM:Cara Mohon dan Syarat kelayakan

0 629

Bantuan Latihan Perantis JKM merupakan bantuan yang di berikan oleh kerajaan melalui JKM kepada mereka yang berkelayakan.Bantuan ini diberikan bagi membantu anak-anak penerima bantuan JKM dalam mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

Tujuan Bantuan

Bantuan Latihan Perantis ini bertujuan untuk:

  • membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur
  • Serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

Bantuan yang di berikan adalah sebanyak RM200 sebulan kepada individu yang layak.

Syarat Kelayakan Pemohon

Berikut adalah syarat kelayakan untuk individu yang ingin memohon:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  • Kes-kes seliaan akhlak; atau
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Kelulusan adalah berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Anda juga boleh baca: Bantuan Anak Pelihara JKM:Permohonan Dan Semakan

Cara Memohon Bantuan Latihan Perantis JKM

Pengurusan permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Untuk makluman,setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Pemohon yang layak boleh membawa dokumen sokongan semasa menghadiri Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian mereka seperti:

  • salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
  • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
  • salinan penyata gaji (jika ada), dan
  • lain-lain dokumen yang berkaitan.

Bantuan JKM yang berkaitan:

  1. Bantuan Warga Emas JKM RM500 Sebulan
  2. Bantuan Kanak-Kanak Dan Keluarga JKM
  3. Bantuan Geran Pelancaran JKM :Cara Mohon Dan Syarat Kelayakan Permohonan
  4. Bantuan Orang Kurang Upaya(OKU) JKM

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi:

Website Rasmi: www.jkm.gov.my

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan dibuat atau

Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Aras 6, 9-18,
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
No Phone:03-8000 8000.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via