Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Pencen PENAKAT PERKESO:Semakan kelayakan dan Kadar Pencen

0 1,544

Pencen PENAKAT PERKESO pernahkah anda dengar walaupun sudah lama menjadi pencarum PERKESO?Untuk pengetahuan anda,pencen ini adalah salah satu bentuk perlindungan bagi mereka yang kehilangan pasangan sama ada si suami atau isteri.

Kadar bayaran di beri adalah sekurang-kurangnya RM475 sebulan atau maksimum 65% dari gaji bulanan pencarum.Jom anda mungkin boleh ambil serba sedikit maklumat ini jika di masa hadapan berlaku perkara yang tidak di ingini.

Maksud Pencen PENAKAT PERKESO

Pencen Penakat dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

Jika suami / isteri anda bekerja dan ada potongan KWSP dan SOCSO, apabila berlaku kematian suami atau kemalangan yang tidak boleh suami anda bekerja sepenuhnya, pencen Penakat boleh dituntut.

Jika berlaku kematian pasangan, suami / isteri boleh tuntut untuk pencen Penakat untuk diri anda serta anak-anak sehingga mereka habis belajar di Universiti.

Syarat kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk mohon:

  1. Orang Berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) dan memenuhi syarat kelayakan caruman (tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan)
  2. Orang Berinsurans meninggal dunia semasa sedang menerima Pencen llat tanpa mengambil kira umurnya

Tempoh Kelayakan Penuh

Orang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan penuh jika:

  • Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan notis kematiannya; atau
  • Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula caruman kena dibayar di bawah Akta dengan tarikh kematiannya, dengan syarat jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan

Kadar pembayaran Pencen

Kadar Pencen Penakat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.

Orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan, ditambah dengan 1% bagi tiap-tiap 12 caruman bulanan yang dibayar melebihi 24 bulan tertakluk kepada kadar pencen bulanan tidak melebihi 65%.

Contoh pengiraan adalah seperti berikut:

Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 24 bulan dalam 40 bulan
Tarikh masuk skim > 01/09/2011
Tarikh kematian > 01/01/2015
Tempoh 40 bulan kebelakang berturut-turut sebelum bulan Notis diterima > 09/2011-12/2014

kadar bayar pencen Penakat

Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
Tarikh masuk skim > 01/07/1999
Tarikh kematian > 01/01/2015
Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014 > 186 bulan
2/3 caruman bulanan telah dibayar > 2/3 x 186 bulan = 124 caruman

Berdasarkan jadual di atas, orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 59% daripada gaji bulanan purata anggapan seperti pengiraan berikut:

kiraan pencen penakat

Nota : Jika seseorang yang meninggal dunia itu adalah penerima Pencen llat, kadar Pencen Penakat adalah sama banyak dengan Pencen llat yang diterimanya.

Anda juga boleh baca: Cara Semak Nombor SOSCO(Semakan No Ahli PERKESO)

Orang Tanggungan dan Kadar Harian

Kadar harian faedah Pencen Penakat adalah mengikut keutamaan berikut:

Jika tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, Pencen Penakat hendaklah dibayar kepada:

kadar bayaran Pencen penakat Bujang

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh rujuk pautan berikut:

https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/skim-keilatan.html

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

TUTUP
Share via