CaltexGo: Pendaftaran,Cara Guna dan Stesen Caltex yang terlibat

Dah muat turun Aplikasi CaltexGo?Sebelum ini jika anda ingin mengisi minyak,anda perlu keluar dan buat bayaran di kaunter.Tambahan jika ramai anda perlu beratur dan agak lambat.

Terkini,melalui Aplikasi CaltexGo anda hanya perlu bayar secara online sahaja melalui telefon anda di stesen yang terpilih.Senang sahaja nak daftar Aplikasi ni,mari kami kongsikan lebih lanjut di bawah

Apa itu CaltexGo?

Merupakan aplikasi yang di bina oleh Caltex untuk memudahkan pelanggan mereka membeli petrol dan membayar secara online melalui telefon.

Melalui aplikasi ini, proses pembayaran menjadi lebih mudah tanpa perlu beratur di kaunter serta menjiamtkan masa.

Terbaru,Chevron Malaysia Limited (Chevron), yang merupakan pemasar jenama Caltex di Malaysia telah melancarkan program kesetiaan pelanggan terkininya iaitu Caltex Rewards.

Dengan guna aplikasi CaltexGo,program Caltex Rewards membolehkan anda mengisi minyak, mengumpul mata dan menebus pelbagai ganjaran dalam transaksi sama.

Caltex Rewards  menawarkan pengalaman pengguna yang lancar dan fungsional sama ada menggunakan aplikasi CaltexGO, laman web, atau kedai stesen, termasuk rakan niaga seperti Family Mart, Lotus dan Grab.

mata terkumpul juga boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun bagi pembelian petrol di semua stesen Caltex.

Ahli Caltex Rewards juga berpeluang untuk memilih daripada pelbagai jenis ganjaran termasuk penebusan petrol hinggalah e-baucar yang boleh dilihat di aplikasi CaltexGo atau laman web Caltex.

Jika berminat,anda boleh daftar di mana-mana stesen Caltex di Malaysia. Mereka yang mendaftar melalui aplikasi atau laman web akan mendapat 500 mata selamat datang (RM5) dimana pengguna boleh mengumpul 2 mata Caltex Rewards untuk setiap 1 liter petrol yang diisi.

Pengguna juga akan diberi ganjaran 500 mata sebagai bonus untuk hari jadi setiap tahun.

Cara Muat Turun Aplikasi CaltexGo

Aplikasi ini boleh di muat turun melalui pautan link di bawah.Pastikan anda klik melalui link yang betul dan bukan spam

Pautan Download:

Anda juga boleh baca: Cara guna Aplikasi SETEL di Petronas

Lokasi Stesen terlibat

Untuk makluman anda,kini terdapat 58 stesen yang telah terlibat di Malaysia yang menyokong sistem pembayaran mudah alih ini dan bakal di tambah lagi lebih stesen yang akan menyokong pembayaran ini di masa akan datang.

Anda boleh membuat semakan senarai penuh stesen minyak yang terlibat melalui link di bawah:

Lokasi Stesen yang terlibat untuk CaltexGo

Cara Daftar dan Guna Aplikasi CaltexGo

Untuk membuat pendaftaran untuk kali pertama,anda boleh:

  • Muat turun aplikasi tersebut dan buka aps tersebut
  • Isi maklumat peribadi anda dengan betul dan tepat
  • Kemudian login melalui tetapan yang anda buat dan selesai boleh guna untuk pembayaran petrol

Sebelum memulakan pembayaran, GPS di telefon haruslah diaktifkan dahulu untuk mengesan lokasi stesen minyak. Seterusnya, pilih nombor pam dan sahkan. Selepas selesai mengisi minyak, tiada resit fizikal dikeluarkan tetapi pengguna akan menerima resit digital.

caltexgo cara guna

Berikut cara guna aplikasi ini:

  1. Hidupkan Perkhidmatan Lokasi anda
    • Pandu ke stesen Caltex terdekat anda dan dayakan Perkhidmatan Lokasi anda. Sahkan stesen Caltex semasa dengan memilih “Bayar Mudah Alih”.
    • Cara hidupkan lokasi anda bagi di telefon iPhone:
      • Pergi ke Tetapan iPhone anda
      • Klik pada Privasi > Perkhidmatan Lokasi
      • Scroll ke bawah dan klik CaltexGO
      • Pilih ‘Semasa Menggunakan Apl’ untuk memilih akses lokasi
  2. Masukkan nombor pam & ketik “Sahkan”
    • Pada aplikasi CaltexGO, masukkan nombor pam yang betul dan sahkan pilihan iaitu. kaedah pembayaran pilihan anda, mata kesetiaan dan jumlah bahan api.
    • Pastikan anda melakukannya dengan selamat dari dalam kenderaan pegun atau ketika berada di dalam kedai serbaneka untuk penunggang motosikal.
  3. Mula mengisi minyak
    • Hanya angkat muncung dari pam dan isi minyak!
  4. Semak bayaran anda
    • Anda akan menerima resit terperinci transaksi anda sejurus selepas pembayaran anda disahkan. Lihat pembayaran anda dengan selamat dari dalam kenderaan pegun atau dalam kedai serbaneka untuk penunggang motosikal apabila anda selesai mengisi minyak.
Paparan caltexgo Apps

Soalan Lazim(FAQ)

Terdapat transaksi yang tidak dibenarkan pada apl CaltexGO saya. Adakah saya perlu membayar?

  • Sila hubungi bank anda dengan segera jika anda mengesyaki kad anda telah digunakan dengan cara yang tidak dibenarkan.
  • Anda juga mesti menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Caltex di 1800 88 3169 atau e-mel ke myhqcsc@chevron.com untuk melaporkan isu ini. Jika tidak, anda perlu menanggung kos sebarang transaksi yang dibuat sebelum pemberitahuan.

Jika telefon saya terputus atau ‘mati’, bolehkah saya log masuk ke akaun aplikasi CaltexGO saya daripada peranti orang lain untuk membayar bahan api?

  • Ya, anda boleh log masuk ke akaun anda dari peranti lain dengan syarat transaksi masih tersedia. Sebagai alternatif, anda boleh pergi ke kedai untuk membuat pembayaran.

Apakah yang perlu saya lakukan jika telefon saya dicuri atau jika terdapat risiko transaksi tanpa kebenaran cth. seseorang telah mendapat butiran saya?

  • Anda mesti segera memaklumkan Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1800 88 3169 atau e-mel ke myhqcsc@chevron.com untuk meminta pembatalan akaun CaltexGO atau penggantungan sementara.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi melalui saluran berikut:

Website Rasmi Caltex

Facebook Rasmi Caltex

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via