Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
MyJPJ Kongsi Lesen Kenderaan Motor Digital.Untuk makluman bermula Januari setiap pemilik kenderaan boleh berkongsi lesen kenderaan digital mereka pada ahli keluarga, rakan atau individu lain yang dibenarkan oleh pemiliknya.Fungsi ini dinamakan“Kongsi LKM” yang baru diperkenalkan dalam aplikasi MyJPJ.
Pertambahan fungsi ini adalah satu lagi penambahbaikan ke arah Fasa pertama pendigitalan yang dilakukan pada 10 Februari 2023 dengan pemilik kenderaan persendirian warganegara boleh menggunakan mod paparan e-LKM dan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi MyJPJ.
Bagi mereka yang belum muat turun,anda wajib download kerana aplikasi ini banyak fungsinya.Berikut adalah sebab kenapa anda wajib download:
Berikut adalah pautan untuk muat turun aplikasi MyJpj :
Kongsi LKM adalah merupakan ciri terbaru yang diwujudkan di dalam aplikasi MyJPJ. Ia boleh digunakan bermula pada 2 Januari 2024.
Pemilik hanya perlu klik nombor pendaftaran kenderaan, seterusnya tekan butang ‘Kongsi LKM’ untuk membuat perkongsian e-LKM kepada individu lain.
Fungsi ini juga mempunyai tempoh had masa perkongsian yang boleh ditetapkan pemilik kenderaan dan mempunyai kod pengaktifan yang perlu diberikan kepada penerima e-LKM terbabit untuk mengaktifkan perkongsian.
Sistem juga akan menghapuskan rekod perkongsian jika tidak diaktifkan dalam tempoh 24 jam.Dengan adanya ciri terbaru ‘Kongsi LKM’ ini, ia akan memudahkan pemandu yang menggunakan kereta milik orang lain.
Boleh juga baca: MyJPJ boleh renew Roadtax kenderaan?
Berikut adalah cara untuk kongsi lesen digital anda.Ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Pastikan anda telah memuat turun aplikasi MyJPJ.
2. Klik ‘Profil’ > ‘Lesen Kenderaan Motor’ > Pilih ‘No Pendaftaran Kenderaan’
3. Klik ‘Kongsi LKM’ > klik ‘+’ untuk kongsi kepada penerima baru
4. Masukkan nombor kad pengenalan penerima dan tempoh masa > Buat Pengesahan
5. Anda akan diberikan kod keselamatan untuk diberikan kepada penerima (individu yang anda ingin kongsikan)

1. Pastikan anda telah memuat turun aplikasi MyJPJ.
2. Klik ‘Profil’ > Klik ‘Jana Semula’ & Pilih ‘No Pendaftaran Kenderaan’
3. Masukkan kod keselamatan yang dikongsikan oleh pemilik (kod ini hanya aktif selama 24 jam)

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh rujuk melalui saluran berikut: