Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Anda dah ada ke format Surat Pelepasan Bekerja & Kebenaran Rentas Negeri PKP/PKPB?
Terbaru PKP 3.0:
semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara adalah tidak dibenarkan mulai 10 Mei sehingga 6 Jun 2021, umum Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Terkini,Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.
Perintah ini melibatkan tiga peringkat pelaksanaan seperti berikut:
Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan.
Pekerja-pekerja pula dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri dengan syarat MEMPUNYAI pas pekerja yang sah atau Surat Pelepasan Bekerja (Surat Kebenaran) daripada majikan
Kami ada sediakan Format Surat Pelepasan Bekerja dan Borang Permit Rentas Negeri (PDRM).Boleh rujuk format tersebut dibawah :
(Gunakan Letter Head Syarikat)
Nama :
No K/P :
Tarikh :
Kepada Pihak yang Berkenaan,
Tuan/Puan,
PERKARA : SURAT KEBENARAN PELEPASAN PERJALANAN KEPADA PEKERJA BERTUGAS DALAM TEMPOH PKPB COVID-19
Merujuk kepada perkara di atas adalah dengan ini pihak majikan mengesahkan bahawa penama di atas adalah pekerja syarikat kami yang bertugas di syarikat beralamat :
(_____Isikan alamat syarikat________)
2. Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap jasa baik pihak pertugas Covid-19 untuk memberikan kebenaran dan pelepasan kepada pembawa surat ini untuk melaporkan diri bekerja bagi tempoh PKPB ini dilaksanakan.
3. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pegesahan, sila hubungi pegawai kami dari Jabatan Sumber Manusia seperti senarai nama dibawah
Nama HR & Nombor Telefon :
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan, terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
Terima Kasih.
Yang Benar,
_______________________
(Cop & Nama Syarikat)
Nama :
Pengurus Bahagian Sumber Manusia
Muat turun contoh format tersebut dibawah untuk anda ubahsuai mengikut kesusuaian anda.

Berikut adalah Langkah-langkah
bagi urusan permohonan kebenaran pergerakan di balai polis:
Pengecualian pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya dibenarkan kepada 4 kategori individu sahaja iaitu:
Walau bagaimanapun, sekiranya individu yang sedang membuat pergerakan tadi TERLUPA untuk mengisi borang tersebut pada separuh perjalanan, bolehlah mengisi dan menghantarnya di mana-mana balai terdekat sebelum merentasi / memasuki sekatan jalan raya (SJR) yang didirikan di kawasan yang sedang melaksanakan PKPB.