Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Maksud di sebalik fungsi akaun KWSP 1 dan 2 yang sebenar

0 6,187

Adakah anda tahu fungsi akaun KWSP 1 dan 2?Sebenarnya banyak faedah sebenarnya anda mencarum dengan KWSP ini.Kebanyakan yang kita tahu pekerja swasta terutamanya, akan membuat caruman KWSP kerana tidak mempunyai pilihan untuk berpencen seperti mana pekerja di sektor awam yang mempunyai pencen untuk hari tua dan masa hadapan.

fungsi akaun KWSP 1 dan 2

Namun ,caruman KWSP juga mempunyai pelbagai manfaat dan kelebihannya yang tersendiri.

Jenis dan fungsi akaun KWSP 1 dan 2

Ramai daripada pencarum sedia maklum bahawa akaun KWSP ini terbahagi kepada 2 akaun iaitu :

  • Akaun 1 : Caruman daripada majikan
  • Akaun 2 : Caruman daripada pekerja

Setiap caruman ini pula terbahagi mengikut pecahan seperti berikut :

  • Akaun 1 : 70%
  • Akaun 2 : 30%

Caruman tekini yang perlu anda tahu:

23% daripada gaji pekerja : 11% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja dan 12% adalah caruman oleh majikan.

Akaun 1 KWSP

TUJUAN SIMPANAN AKAUN 1 KWSP

  • Tujuan utama simpanan Akuan 1 KWSP ialah untuk kegunaan selepas anda bersara dan lebih menjurus kepada pelaburan pencarum itu sendiri. Oleh hal yang demikian, caruman dalam Akaun 1 ini tidak boleh dikeluarkan sama sekali sebelum seseorang pencarum mencecah umur 55 tahun.
  • Untuk Akaun 1 KWSP ini juga, pihak KWSP menyarakan agar pencarum meletakkan penama atau waris untuk membuat tuntutan setelah ketiadaan pencarum.
  • Penama yang boleh diletakkan ialah seperti, Suami / Isteri / Ayah / Ibu / Anak / Adik / Kakak / Abang atau individu yang pencarum rasa sesuai untuk dijadikan waris.
  • Pencarum juga dibenarkan untuk membuat pelaburan dengan menggunakan sebahagian daripada simpanan. Tiada paksaan dan ianya atas kerelaan pencarum itu sendiri.

Akaun 2 KWSP

TUJUAN SIMPANAN AKAUN 2 KWSP

  • Tujuan utama simpanan di dalam Akaun 2 KWSP adalah untuk membantu para pencarum untuk membuat persediaan apabila bakal bersara nanti.
  • Melalui Akaun 2 KWSP ini juga, anda boleh membuat pengeluaran sebelum umur 55 tahun dan boleh dikeluarkan pada umur mencecah 50 tahun.
  • Tetapi perlu diingatkan kepada anda bahawa pengeluaran ini tidak boleh dikeluarkan sesuka hati dan ianya mestilah atas tujuan seperti berikut :

a) Membuat pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama.

b) Penyelesaian baki pinjaman perumahan bagi rumah pertama.

c) Pembiayaan pendidikan diri pencarum dan anak-anak.

d) Menampung kos-kos perubatan diri pencarum dan anak-anak seperti yang tertakluk dalam syarat.

e) Menunaikan Haji (Berkuatkuasa pada 1 Januari 2013)

Boleh Baca lagi:

  1. Panduan Pengeluaran KWSP buat rawatan kesihatan sendiri dan keluarga
  2. Panduan daftar haji melalui KWSP tanpa deposit
  3. Panduan urus tukar penama KWSP dan Tiada penama
  4. Panduan Status Pengeluaran & Jadual Pembayaran 2020 I-Lestari KWSP
  5. Panduan Daftar Haji Melalui KWSP Tanpa Deposit.

Sebarang pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Boleh layari portal KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03- 8922 6000

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via