Cara Semak No Claim Discount (NCD) Enquiry online kenderaan
Cara Semak No Claim Discount (NCD).Adakah Kereta anda mempunyai pelan perlindungan insurans dan anda tidak pernah membuat tuntutan dalam masa setahun dari tarikh anda membeli insuran anda?Untuk semua pemilik kenderaan motorsikal atau motokar (termasuk kereta) ,sebenarnya terdapat diskaun sehingga 55% untuk pelan perlindungan insurans kenderaan yang dikenali sebagai No Claim Discount.Di bawah kami akan berkongsi maklumat mengenai NCD dan cara anda membuat semakan.
Maklumat Berkaitan No Claim Discount (NCD)
No Claim Discount adalah satu diskaun dimana pemilik kenderaan tidak pernah membuat sebarang tuntutan dalam tempoh masa 12 bulan dari tarikh pemilik membeli pelan insuran tersebut.Pihak insuran wajib menawarkan NCD kepada pemilik kenderaan tersebut jika tiada sebarang tuntutan dari pihak ketiga.
Sehubungan dengan itu,anda sebagai pemilik kenderaan hendaklah memahami dan ambik tahu mengenai NCD ketika anda memperbaharui pelan insurans kereta anda.
Boleh juga baca: Cara Perbaharui Cukai Jalan MyEG Tanpa Perlu Ke JPJ
Cara membuat semakan NCD kenderaan online
Berikut adalah cara untuk membuat semakan:
1.Layari portal NCD di pautan berikut:
Boleh klik di NCD Enquiry
2.Klik di ruangan Find Out Your NCD
3.Masukkan no pendaftaran kenderaan dan no kad pengenalan pemilik.Kemudian boleh klik Get My NCD Report
4.Paparan Laporan mengenai status NCD anda
Kadar Diskaun NCD
Kadar diskaun adalah berbeza mengikut jenis kenderaan mengikut Tariff yang di tetapkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) .Terdapat dua bahagian iaitu kenderaan persendirian cth private car/ syarikat dan kenderaan komersial seperti motorsikal, teksi, lori permit A & C serta ‘Special Vehicle’.
Sebagai contoh:Abu mempunyai NCD sebanyak 55% dan pada tahun itu,Abu telah membuat tuntutan jadi NCD pada tahun adalah di kira 0% iaitu tidak akan mendapat kadar seperti sebelum.Tahun berikutnya akan menjadi 25% dan seterusnya .
Dalam maksudnya yang lain,pada tahun ke dua (12 bulan) anda mengalami kemalangan dan anda membuat tuntutan maka apabila anda “renew’ pelan insurans anda diskaun akan kembali 0% seperti pada tahun pertama
Berikut adalah jadual kadar diskaun NCD:
| Tahun | Kenderaan Persendirian | Kenderaan Komersial |
| Pertama | 0% | 0% |
| kedua | 25% | 15% |
| Ketiga | 30% | 20% |
| keempat | 38.3% | 25% |
| kelima | 45% | 25% |
| keenam | 55% | 25% |
| ketujuh | 55% | 25% |
Perkara yang boleh menyebabkan NCD
Sebelum membuat tuntutan,berikut adalah perkara yang menentukan kelayakan NCD anda:
- Kerosakan Yang Bukan Dilakukan Sendiri (No Fault Damage)
- tuntutan kerosakan yang bukan dilakukan oleh pemilik kenderaan. Maka diskaun NCD tidak akan dikembalikan ke 0%
- contohnya, jika berlaku kemalangan yang melibatkan pihak ketiga, anda mempunyai pilihan membuat tuntutan insuran pihak ketiga atau polisi komprehensif anda tanpa menjejaskan NCD anda.
- NCD Boleh Dipindah
- Jika anda berhasrat untuk menjual kereta lama dan membeli kereta baharu, anda boleh memindahkan diskaun tersebut sekiranya NCD lama telah mencapai kadar 30%.
- NCD tidak boleh digunakan lebih daripada satu kenderaan
- Anda dinasihatkan untuk memindahkan NCD tertinggi pada nilai kereta yang paling tinggi di pasaran.
- NCD tidak akan berubah jika anda ingin menukar syarikat insuran atau takaful operator yang baru.
- Pastikan kenderaan tersebut milik anda dan didaftarkan atas nama dan nombor kad pengenalan anda.
- Polisi Cermin Kereta
- Jika anda telah memiliki polisi insuran untuk menukar atau membaiki cermin kenderaan. NCD anda tidak akan terjejas, tetapi jika polisi insuran anda tidak merangkumi kerosakan cermin kereta maka NCD anda akan terjejas apabila membuat tuntutan insuran

