Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Pakej PerantiSiswa 2022:pelajar IPT b40 terima Bantuan Tablet percuma

0 3,050

KEMASKINI TERKINI:
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) membuat keputusan membuka sekali lagi permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.Maklumat Lebih Lanjut tarikh terima boleh rujuk artikel terkini di bawah

Perantisiwa fasa 2

Pakej PerantiSiswa Merupakan salah satu bantuan terbaru di dalam bajet 2022 di mana Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.Pakej ini dapat memanfaatkan kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.

Melalui pakej tersebut, satu peranti tablet akan dibekalkan kepada setiap pelajar B40 di IPT.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih. Pengenalan pakej yang dibentangkan dalam Bajet 2022 baru-baru ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan.

Pakej ini tertakluk kepada terma dans syarat yang telah di tetapkan.

Maklumat Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Boleh juga baca: Bantuan Kredit Ewallet Belia RM150

Syarat kelayakan permohonan

Permohonan adalah untuk pelajar sepenuh masa di IPT dan datang dari keluarga B40 untuk menerima bantuan ini

Tarikh permohonan dan pendaftaran

Permohonan bagi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus bagi pelajar institut pengajian tinggi (IPT) daripada golongan B40 akan dibuka bermula pada:

  • 15 April 2022

Terkini, KOMM telah membuka sekali lagi permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia Fasa 2 bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.

Permohonan Peranti Siswa fasa kedua turut melibatkan pelajar IPG dan kolej matrikulasi dibawah KPM.

Cara Mohon Pakej PerantiSiswa

Permohonan boleh di buat melalui pautan yang diberikan di bawah:

https://perantisiswa.kkmm.gov.my/

Nota: Permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Cara semak status kelulusan

Status/keputusan akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya dan memenuhi syarat yang ditetapkan

Tarikh Penerimaan Peranti

Mengikut makluman yang diperolehi,penerima akan menerima tablet program PerantiSiswa Keluarga Malaysia melalui 2 sesi, iaitu:

  • Fasa 1 : Hujung Ogos / September 2022
  • Fasa 2 : Oktober / November 2022

*Fasa pertama penyampaian peranti bagi Program Perantisiswa akan dilaksanakan mulai Ogos 2022.

Semakan status pemohon boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my

Jenis Peranti Yang dibekalkan

Berikut adalah spesifikasi peranti yang diberi:

  • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
  • Android OS 10 dan ke atas
  • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
  • Minimum RAM 4GB
  • Minimum storan 64GB
  • Slot SD Micro sehingga 256GB
  • Kamera hadapan minimum 2MP
  • Kamera belakang minimum 5MP
  • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
  • Bluetooth 4.1 dan ke atas
  • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  • Bateri minimum 4500 mAh
  • Pengecas USB disertakan
  • Papan kekunci bluetooth disertakan
  • Pen stylus disertakan.

Terma dan syarat

Berikut adalah terma dan syarat yang diberikan:

  1. Pemberian satu (1) unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:Warganegara Malaysia;
  2. Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
  3. Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda;
  4. Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
  5. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
  6. Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
  7.  Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
  8.  Peranti akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
  9. Peranti perlu dipulangkan apabila mahasiswa tersebut:menamatkan pengajian;
  10. berhenti pengajian;
  11. dibuang pengajian;
  12. menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang negara; atau
  13. melanggar apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.
  14. Penerima peranti perlu melaporkan kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.
  15. Pentadbir Program atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.
  16. Penerima peranti adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.
  17. Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau dibuat sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.
  18. Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.
  19. Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
  20. Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.
  21. Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan masalah berkenaan permohonan PerantiSiswa,boleh hubungi melalui saluran di bawah:

Email: helpdesk.upps@kkmm.gov.my

Talian telefon:

▪ 03-8911 5351
▪ 03-8911 5258
▪ 03-8911 5265
▪ 03-8911 5188

Waktu operasi:
8.00 pagi hingga 6.00 petang
Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sabtu dan Ahad

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via