Pelik! Hujan Rumpai Laut Di UK

0 119

Pelik! Hujan Rumpai Laut Di UKalan Berkeley, berhampiran Cheltenham dipenuhi dengan taburan rumpai laut menyebabkan rumah-rumah, taman dan kereta di satu jalan pinggir bandar bersepahan dengan alga hijau yang berbau.

Saksi yang juga seorang jurutera, Richard Overton dan isterinya, Kay, telah mengumpul sebaldi penuh lendir dari halaman depan rumah mereka. Beliau berkata amat kagum melihat keluar tingkap apabila rumpai laut bertaburan di laman rumah selepas ribut kuat.

“Saya pernah mendengar cerita hujan ikan yang diambil dan dibuang oleh ribut taufan tetapi tidak pernah pula rumpai laut. Saya sungguh terkejut. Kami mendapati terlalu banyak rumpai laut di taman kami dan ia adalah begitu ganjil.” kata beliau.

“Malangnya ianya bukanlah ikan – jika tidak, kita boleh membuat hidangan lazat dengannya,” katanya lagi.

Pakar percaya bahawa rumpai laut telah dikutip dari pantai Clevedon, utara Somerset, dan dibawa melalui udara sebelum dilepaskan di jalan Berkeley.

Ian Fergusson, dari Pejabat Metrologi berkata: “Terdapat beberapa ribut petir di kawasan itu dan jika salah satu awan corong menyentuh turun ke pantai, menjadikannya puting beliung, ia mungkin mengambil rumpai laut.

Sumber dari majalahbiarbetul.blogspot.com

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

logo hiburan.my

Subscribe Post Terbaru dari kami kepada anda!

Dapatkan PERCUMA Info Bantuan Kerajaan ke Telefon Anda Setiap Hari.
Jangan lupa CONFIRMKAN SUBSCRIPTION di email anda!

Sila confirmkan Subscription INFO PERCUMA kami di EMAIL ANDA SEKARANG!