Pewarna kuku Halal mencetuskan perbualan hangat ramai remaja wanita islam di Malaysia
Menurut islam,penggunaan pewarna kuku yang kalis air boleh menyebabkan seseorang batal wudhu’dan tidak dapat mengerjakan solat.Terbaru penciptaan produk pewarna kuku Halal telah di perkenalkan dan mendapat banyak reaksi positif dari wanita islam di seluruh dunia.Di Malaysia tidak terkecuali terkena tempias dan akhirnya produk pewarna kuku yang telah dirumus khas halal utk wanita islam telah di perkenalkan.Pewarna kuku yang telah diyakini halal menjadi trending di facebook dan instagram
Ramai remaja wanita melayu menyebarkan berita tentang bagaimana penciptaan produk halal ini mematuhi piawaian Islam. Pewarna kuku ini dihasilkan oleh sebuah syarikat Kanada di bawah nama ‘Tuesday In Love’, tetapi dipasarkan di bawah jenama Inai moden di Malaysia.
Artikel berkaitan
Pengilat kuku ini dihasilkan melalui pemprosesan bahan-bahan semulajadi dan menggunakan teknologi mikro-liang revolusi yang membolehkan molekul air untuk menembusinya .Inai Moden ini tidak berbau dan boleh dibersihkan selepas digunakan
Anda boleh menonton video dibawah mengenai percubaan yang dibuat untuk melihat sama ada air dapat menembusinya dan review tentang produk ini.