Panduan makanan sihat untuk ibu mengandung seawal 1-2 bulan
Hamil bukan bererti harus makan tanpa diet dan makan sesuka hati tanpa memikirkan kegemukan.Panduan pemakanan dan diet yang seimbang amat penting untuk memberi perkembangan yang terbaik untuk janin membesar dengan sihat.

Walaupun hampir setiap hari berasa mual dan muntah-muntah pada 3 bulan pertama,,ibu mngandung harus menjaga pemakanan dan merancang pelan pemakanan seharian untuk membantu pembentukan janin yang baru sahaja berkembang melalui vitamin dan mineral yang terdapat di dalam makanan.
Banyak mitos yang menyampaikan maklumat salah mengatakan bahawa ibu mengandung harus makan dengan kadar yang lebih banyak iaitu dua kali ganda disebabkan berbadan dua.Sebenarnya memakan dengan 2 kali ganda bernutrisi tinggi adalah yang sebetulnya bukan 2 kali ganda.Bila kita makan berlebihan,nilai kalori yang banyak menyebabkan kegemukan dan seterusnya menyukar proses menguruskan badan selepas bersalin.
Ok,jadi bagaimanakah yang dikatakan pelan pemakanan yang sesuai selaras dengan perkembangan janin untuk ibu mengandung seawal 1-2 bulan?
Dibawah adalah beberapa makanan yang terbaik yang telah disahkan dan disarankan oleh doktor-doktor untuk menghadapai fasa mengandung seawal 1-2 bulan

Kepentingan Folic Acid
Secara amnya kehamilan boleh di ketahui seawal 4 minggu dan janin ketika itu masih merupakan embrio dan besarnya hanya la sebesar tapak tangan.Ambik dan makan multi vitamin untuk ibu mengandung pada volume sekurang-kurangnya 400 mcg asid folik, kerana zat ini mempunyai fungsi untuk membantu rahim dan mengurangkan risiko berlakunya penyakit spina bifida (tulang belakang tidak tertutup sempurna) pada bayi dalam kandungan tersebut
Folic Acid terdapat dalam makanan seperti
Sayuran
- brokoli, bayam, dan salad) bendi, asparagus
Buah-buahan
Artikel berkaitan
- pisang, tembikai, dan lemon
Lain-lain
Cereal atau Jagung
Daging seperti hati dan ginjal sapi
Pada dasarnya makanan yang sihat untuk ibu mengandung harus mempunyai ciri seperti berikut
Protein, misalnya: ayam, lembu, telur, tahu, tempe
produk susu, misalnya: susu, yogurt, kejusayur-sayuran
buah-buahankarbohidrat, misalnya: nasi, roti, kentang, oat
Seharusnya sayur-sayuran dan buah-buahan hendaklah diambil dengan kadar yang lebih banyak berbanding karbohidrat.kadar pengambilan hendaklah diambil dengn kadar sedikit tetapi kerap untuk mengurangi rasa muak.Waktu pemakanan adalah disarankan adalah sebanyak 5 kali sehari iatu serapan pagi,makan tengahri dan malam serta diselitkan dengan hidangan ringan diantara 3 waktu tersebut.
Kerap minum air sama ada air kosong atau jus serta susu
Disamping itu juga ibu mengandung harus mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk menampung keperluan badan ketika mengandung melaui air kosong, jus buah-buahan atau susu dan hendaklah diambil dengan kerap walaupan dalam kuantiti yang sedikit.
Boleh baca artikel menarik disini kelebihan minum air kosong
Makanan yang perlu dielakkan untuk ibu mengandung
Kurangkan pengambilan kafein sekurang-kurangnya di bawah tahap maksimum iaitu 200mg perday.Antara makanan lain yang harus dielak ialah :
- Seafood seperti kerang,sotong dan lain-lain
- Alkohol
- Sushi kerana daging ikan yang belum masak
- Telur dan daging yang separuh masak