Tukar No Plat Kenderaan:Cara Tukar dan semak pemilik kenderaan
Pernah berminat nak tukar no plat kenderaan anda kepada no yang lebih unik ?No plat yang unik dan bermakna kepada tuan empunya kenderaan sepeti DI1,AKU88 dan sebagainya.
Proses pemindahan No plat ini adalah di benarkan oleh JPJ. Pemindahan nombor pendaftaran kenderaan merupakan proses memindahkan nombor pendaftaran daripada kenderaan motor yang telah didaftarkan (asal) kepada kenderaan motor yang belum didaftarkan(baru) serta menguntukkan nombor pendaftaran baru kepada kenderaan tersebut.
Syarat Permohonan Interchange/Pemindahan No plat Kenderaan
Berikut adalah syarat yang di benarkan:
- Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar kenderaan atau wakil.
- Kedua-dua kenderaan asal dan baru dimiliki oleh pemilik yang sama.
- Kenderaan baru belum didaftarkan lagi.
- Hanya kenderaan asal yang hendak dibuat pemindahan nombor dikehendaki menjalani pemeriksaan PUSPAKOM untuk mengenalpasti identiti kenderaan. Bagi kenderaan baru, pemeriksaan TIDAK diperlukan kecuali bagi kenderaan impot.
- Kenderaan asal tiada senaraihitam JPJ dan PDRM.
- Tarikh e-Insuran adalah terbuka bagi kenderaan baru selepas pemindahan nombor pendaftaran diproses.
- Fi yang telah ditetapkan.
Dokumen Penting:
Kenderaan Baharu
- 2 (dua) salinan Borang Senarai Semak eDaftar.
- 2 (dua) salinan Borang JPJ K1 cetakan elektronik.
- Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
- Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM(B2) bagi kenderaan orang cacat atau kenderaan impot.
- Salinan Sijil Kelulusan Kenderaan Diesel Hijau (SIRIM) yang masih berkuatkuasa (bagi kenderaan diesel hijau).
- Borang Kastam K1 (bagi kenderaan impot).
- Lesen Impot (AP) asal dan salinan (bagi kenderaan impot).
- Surat/borang keputusan tempahan nombor pendaftaran kenderaan yang berjaya (jika berkenaan); dan
- Fi yang telah ditetapkan.
Kenderaan Lama
- 2 (dua) salinan Borang JPJ K1E.
- 2 (dua) salinan Borang JPJ K1A.
- Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
- Perakuan Pendaftaran Kenderaan(JPJK2) asal.
- Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (B2) atau B5.
- Surat pengesahan/persetujuan daripada Kastam (bagi Labuan dan Langkawi).
- Dokumen pengenalan diri asal dan salinan wakil (sekiranya wakil hadir).
Cara Tukar No Plat kenderaan
Berikut adalah cara untuk membuat Permohonan Pemindahan No Plat Kenderaan:
- Beli nombor plate pilihan anda.
- Lakukan pemeriksaan puspakom pada kenderaan anda.
- Berkunjung ke cawangan JPJ berdekatan anda.
Terdapat pelbagai kategori nombor pendaftaran. Antara nombor yang menjadi rebutan individu VIP adalah nombor plat 1 sehingga 10.
Selain itu, terdapat juga kategori nombor-nombor menariik seperti 11,222,8888 dan lain-lain. Untuk kategori nombor popular pula ialah 20,40,373,1001,3355 dan lain-lain.
Untuk Permohonan Tempahan Nombor Plat Kenderaan,boleh baca DISINI
Cara Semak Pemilik kenderaan Online
Terkini anda boleh buat semakan pemilik kenderaan dengan menggunakan no plat kenderaan tersebut.Semakan boleh di lakukan dengan menggunakan laman web MYEG dan MyCarInfo
Biasanya semakan di lakukan untuk tujuan:
- Untuk semak laporan kecurian
- Total lost kenderaan
- Semak % NCD kenderaan
- Semak harga semasa kenderaan
- Untuk cover note insurans
Paling penting anda kena ada no Plat kenderaan yang anda nak semak.
Berikut adalah cara untuk buat semakan melalui laman web MYEG:
- Layari laman web MYEG https://www.myeg.com.my/
- Log masuk akaun MYEG dengan menggunakan username dan password anda. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun MYEG lagi, anda harus daftar terlebih dahulu, rujuk panduan daftar DI SINI.
- Setelah anda log masuk, klik pada menu PDRM > Summons Service > Enquiry/Semak Pemilik Kenderaan Secara Online
- Seterusnya isikan pada ruangan diperlukan
- Vehicle Plate Type – pilih sama ada kenderaan Malaysia/Non Malaysia
- Vehicle No – Masukkan nombor plat kendaraan yang ingin disemak
- Kemudian masukkan kod sekuriti yang terpapar dan klik pada Check Summons
- Selesai, maklumat kenderaan yang disemak akan terpapar
Untuk semakan melalui laman web MyCarInfo,anda boleh ikuti langkah semakan di bawah:
- Layari laman web MyCarInfo https://www.mycarinfo.com.my/
- Log masuk akaun MyCarInfo dengan menggunakan username dan password anda. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun MyCarInfo lagi, anda harus daftar terlebih dahulu.
- Setelah anda log masuk, klik pada Services > i-Search.
- Terpapar beberapa jenis pelan yang perlu dipilih. Klik pada pelan Comprehensive
- Seterusnya anda akan dibawa ke pelan pembayaran dan klik pada Select 1 Credit (RM6)
- Seteusnya pilih kaedah pembayaran dan buat pembayaran.
- Kemudian anda dikehendaki untuk lengkapkan butiran berikut:
- Vehicle Reg. No. – masukkan no pendaftaran kenderaan yang ingin anda semak,
- Name – masukkan nama anda
- Email – masukkan email anda yang sah
- Confirm Email – sahkan sekali lagi email anda
- Seterusnya tick pada terms & Conditions dan klik Enquire
- Maklumat lengkap kenderaan dengan no pendaftaran yang dimasukkan akan dihantar ke email anda
NOTA: Bagi semakan secara peruma, anda boleh klik pada plan Free. Tetapi anda hanya akan mendapat report kereta hilang (dicuri) atau Total Lost sahaja.
FAQ Permohonan Pemindahan No Plat Kenderaan JPJ
- Sekiranya saya membuat pertukaran nombor plat kereta lama ke kereta baru, apakah no plat yang terkini di kereta lama saya?
Anda boleh memohon untuk menggunakan nombor terkini sahaja untuk kereta lama. Jika anda ada nombor pilihan juga, anda boleh urus dengan pihak JPJ.
- Berapakah bayaran yang dikenakan untuk proses tukar nombor plat tersebut?
RM110 dikenakan untuk setiap proses tukar nombor plat. Caj yang dikenakan adalah tertaluk dengan perubahan semasa.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah:
- Laman web Rasmi JPJ
- Phone No: 03 8000 8000