Orang ramai boleh mengetahui No Terkini pendaftaran plat kenderaan JPJ untuk setiap negeri mengikut abjad dengan membuat semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
Sebagai makluman,nombor plat pendaftaran kenderaan dikeluarkan mengikut negeri serta kawasan bagi negeri Sabah dan Sarawak mengikut abjad dan huruf. Selain itu, anda perlu mengikuti prosedur permohonan yang ditetapkan oleh JPJ bagi mendaftar nombor kenderaan berdasarkan beberapa kategori. Harga tempahan nombor plat pendaftaran kenderaan juga adalah berbeza mengikut kategori-kategori tertentu.
Pengguna juga boleh membuat pembelian atau tempahan no plat kenderaan melalui Sistem Transaksi dalam talian mySIKAP di mana pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh melakukan transaksi yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu secara online
Anda perlu memilih kawasan atau negeri yang ingin disemak
Isi kod sekuriti dengan betul
Klik ‘Semak’
Status semakan akan dipaparkan seperti berikut
Antara huruf-huruf awal di setiap negeri:
HURUF AWAL
A ——>Perak
B——> Selangor
C——> Pahang
D——> Kelantan (D diperuntukkan selepas Kelantan dan Terengganu berpisah daripada perkongsian plat T – Timur)
E——> Sabah (sebelum 1980-an)
F——> Putrajaya (mulai Jun 2016)
G——> Gagasan 1Malaysia
H——> Teksi (diikuti huruf negeri)
J——> Johor
K——> Kedah
KV——> Langkawi
L——> Labuan
M——> Melaka
N——> Negeri Sembilan
P——> Pulau Pinang
Q——> Sarawak
R——> Perlis
S——> Sabah (ditukar daripada E)
T——> Terengganu (sebelum ini berkongsi dengan Kelantan (daerah Timur))
V——> Kuala Lumpur (siri kedua; bermula Julai 2016)
W——>Kuala Lumpur (siri pertama)
Z——> Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Cara Tempah No Plat Kenderaan Terkini JPJ
Untuk memohon atau menempah nombor pendaftaran kenderaan, anda perlu hadir ke pejabat JPJ di setiap negeri.
Iklan tawaran tempahan nombor palt terkini akan dipamerkan di semua pejabat JPJ atau boleh disemak secara online. Hantar dan masukkan sampul surat permohonan nombor plat ke dalam peti tempahan mengikut nama negeri yang dipamerkan pada peti tempahan. Tempoh tempahan nombor plat akan ditutup pada jam 12 tengah hari pada hari terakhir tawaran dibuka. Bayaran yuran perkhidmatan sebanyak RM10 akan dikenakan dan boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ.
1) Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran
Permohonan ini dibuka kepada semua individu/ perniagaan/ syarikat/ pertubuhan/ koperasi/ badan profesional/ agensi kerajaan/ pihak berkuasa tempatan/ badan berkanun/ Kedutaan/ Pertubuhan antarabangsa yang layak untuk mendaftar kenderaan
2) Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan
Permohonan ini dibuka kepada semua individu/ perniagaan/ syarikat/ pertubuhan/ koperasi/ badan profesional/ agensi kerajaan/ pihak berkuasa tempatan/ badan berkanun/ Kedutaan/ Pertubuhan antarabangsa yang layak untuk mendaftar kenderaan
3) Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas)
Permohonan dibuka kepada semua individu/ perniagaan/ syarikat/ pertubuhan/ koperasi/ badan profesional/ agensi kerajaan/ pihak berkuasa tempatan/ badan berkanun/ Kedutaan/ Pertubuhan antarabangsa yang layak untuk mendaftar kenderaan
JPJ akan keluarkan Surat Keputusan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.
Senarai nama dan nombor kad pengenalan pemohon yang berjaya akan dipamerkan di semua pejabat JPJ yang menawarkan nombor registration tersebut.
Sekiranya permohonan anda berjaya, anda hendaklah mendaftar dan membayar nombor tersebut dalam tempoh yang dikongsikan di bawah.
Pemohon yang berjaya tetapi gagal mendaftarkan nombor tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Nombor tersebut akan ditarik balik tanpa sebarang notis dan bayaran penuh tidak akan dikembalikan.
Nombor plat yang berjaya ditempah hendaklah didaftarkan pada kenderaan atas nama pemohon yang berjaya sahaja.
Permohonan penangguhan pendaftaran tidak dibenarkan serta pengurangan harga tempahan tidak akan dipertimbangkan.