Tutup Akaun Astro:Cara dan Proses Terminate Online
Nak tutup Akaun Astro?Tentu sudah lama anda melanggan dan ingin terminate Astro namun tidak tahu cara yang paling mudah dan cepat untuk anda berhenti langgan tanpa ke perlu ke laman web astro.com.my.
Ramai yang mengadu walaupun dah stop langganan tetapi mereka masih lagi menerima bil.Jom kita lihat cara yang betul untuk tutup dan terminate langganan Astro ini.
Apa itu Astro?
Astro ataupun nama penuhnya iaitu All-Asian Satellite Televison and Radio Operator (ASTRO) adalah sebuah syarikat penyediaan saluran televisyen di Malaysia. Astro ditubuhkan pada 1 Jun 1996 oleh pengusaha dan usahawan di Malaysia iaitu Ananda Krishnan.
Cara tutup Akaun Astro melalui Emel
Berikut adalah cara melalui emai:
Sila pastikan anda memasukkan semua butiran penting berikut dalam e-mel anda kepada ASTRO:
- Alamat e-mel: wecare@astro.com.my
- Subjek E-mel: ASTRO Tamat Perkhidmatan
- Terangkan tujuan menghantar e-mel:
“Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas. Saya ingin memberitahu akaun ASTRO di bawah bahawa saya ingin menamatkan perkhidmatan langganan ASTRO” - Sertakan butiran akaun ASTRO anda
– Nama pemilik akaun
– Nombor kad pengenalan
– Akaun ASTRO
– Alamat
– Nombor telefon - Tutup e-mel dengan menyatakan bahawa ASTRO boleh segera melaksanakan proses penamatan kontrak
Contoh Email terminate Akaun Astro
Jika menggunakan email untuk menamatkan Astro, di ruangan Subject, masukkan PENAMATAN PERKHIDMATAN ASTRO (NO AKAUN: 1234567).
PENAMATAN PERKHIDMATAN ASTRO
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa saya ingin menamatkan perkhidmatan Astro.
3. Berikut adalah maklumat berkenaan akaun Astro ini:
- Nama penuh: xxxx
- Nombor Kad Pengenalan: xxxxx
- Nombor akaun Astro: xxxx
- Alamat: xxx
4. Mohon pihak Tuan / Puan membuat penamatan Astro ini dengan segeran.
5. Segala kerjasa Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang maklum balas, sila hubungi saya di talian xxxxx
Terima kasih.
Anda juga boleh baca: Ufirst Perodua: Pendaftaran & Semakan Serta Temujanji Servis Kereta Perodua
Cara tutup Akaun Astro melalui Customer Service Centre
Ini merupakan cara yang paling bagus untuk anda terminate akaun Astro anda.Melalui cara ini anda perlu telefon sahaja ke cs mereka.Berikut adalah proses penutupan akaun:
- Cara terminate Astro yang pertama adalah anda perlu membuat panggilan ke talian Astro Customer Service Centre
- Dail nombor 03-9543-3838.
- Setelah anda dial nombor tersebut anda perlu meminta untuk bercakap dengan operator.
- Setelah anda disambungkan kepada operator yang bertugas anda perlu memohan untuk menyemak baki akaun Astro anda.
- Kemudian anda perlu mendapatkan maklumat tentang baki semasa yang perlu dijelaskan.
- Seterusnya dapatkan maklumat tentang tarikh bil Astro anda yang seterusnya.
- Maklumat yang terakhir yang perlu anda dapatkan adalah tentang hubungan anda bersama Astro iaitu adakah anda masih dalam kontrak bersama Astro ataupun tidak.
- Selepas mendapatkan maklumat tentang baki semasa yang perlu dijelaskan anda perlu jelaskan terlebih dahulu baki tersebut.
- Kemudian anda jelaskan kepada operator tersebut bahawa anda berhasrat untuk terminate Astro anda.
- Cara terminate Astro yang seterusnya adalah operator akan bertanya tentang sebab anda ingin terminate Astro dan anda perlu menjelaskan sebab anda kepada operator tersebut.
- Setelah selesai, anda perlu tunggu sahaja perkhidmatan Astro anda ditamatkan.
- Akaun Astro anda akan ditutup dalam tempoh masa 24 jam.
- Semasa proses penamatan Astro pastikan anda tidak purchase sebarang channel Astro seperti Astro Best dan Astro First kerana itu akan membatalkan proses terminate Astro anda.
- Selesai sudah proses terminate Astro anda.
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah:
- FAQ Astro
- Laman Rasmi Astro