Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Cara daftar tukar Akaun KWSP Konvensional kepada Akaun Shariah KWSP.
Akaun Shariah KWSP,pernah ke anda dengar?Untuk makluman akaun ini sudah wujud sejak 2016 lagi.Masih ramai lagi yang belum bertukar atau memang suka pakai yang konvensional?
Apa hukumnya jika masih kekalkan akaun konvensional KWSP?Untuk itu,jom kami kongsikan serba sedikit mengenai Akaun Shariah KWSP.
Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.
Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.
Konsep Pelaburan Patuh Syariah adalah seperti berikut:
Menjawab persoalan ini,bagi yang beragama Islam:

Bagi ahli yang bukan beragama Islam, anda juga boleh bertukar kepada akaun shariah ini.
Ia sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional, di mana:
Kadar dividen akaun simpanan shariah dan akaun konvensional adalah kompetitif.
Senang cerita akaun simpanan shariah tidak perlu dilakukan penyucian dividen KWSP.
Di bawah adalah perbezaan yang boleh di lihat:
| Simpanan Shariah | Simpanan Konvensional | |
|---|---|---|
| Keahlian | Semua ahli KWSP boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah. | Semua Ahli KWSP adalah Simpanan Konvensional selagi mana belum memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah |
| Akad (Kontrak Shariah) | Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan akad Wakalah | Tidak berkenaan |
| Kadar dividen | Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah | Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah) dan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5% |
| Perakuan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) | Diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) dan tertakluk kepada Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah | Tidak berkenaan |
| Pertukaran akaun | Ahli tidak boleh memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa | Ahli boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Sharia |
Berikut adalah contoh penyucian dividen yang perlu di lakukan oleh ahli beragama islam dan pelaksanaan pelaksanaan Simpanan Shariah KWSP

Jom kita tukar ke Simpanan Shariah untuk simpanan persaraan yang suci & patuh syariah.
| Tahun | Peratus (Simpanan Shariah) | Peratus (Simpanan Konvensional) |
| 2021 | 6.10 | 5.65 |
| 2020 | 4.90 | 5.20 |
| 2019 | 5.00 | 5.45 |
| 2018 | 5.90 | 6.15 |
| 2017 | 6.40 | 6.90 |
Terdahulu anda perlu daftar i-akaun KWSP untuk anda membuat permohonan pertukaran secara online.
Nak daftar i-akaun tak tahu rujuk SINI
Berikut adalah langkah permohonan pertukaran:

Ikuti arahan dan panduan untuk membuat pertukaran akaun.

Kemudian anda perlu membuat pengesahan maklumat ahli, akad Simpanan dan pengesahan persetujuan akad menggunakan TAC.

NOTA:
Ahli TIDAK BOLEH memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh rujuk pada pautan yang kami kongsikan di bawah: