Sistem Maid Online (SMO) merupakan sistem di atas talian yang di wujudkan oleh kerajaan untuk memudahkan mereka (majikan) yang ingin membuat permohonan untuk pembantu rumah asing secara online.
Untuk makluman,kerajaan telah memberi kebenaran kepada majikan untuk memohon PRA secara terus dalam talian yang telah bermula pada 1 Januari 2018.
Merupakan sistem yang membolehkan majikan boleh mengemukakan permohonan secara terus dan permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal https://maid-online.imi.gov.my
Majikan boleh mengemukan permohanan Pembantu Rumah Asing daripada 9 buah negara sumber seperti yang telah ditetapkan iaitu warganegara
Indonesia,
Filipina,
Sri Lanka,
Thailand,
India,
Laos,
Nepal,
Vietnam dan
Kemboja.
Program ini hanya dilaksanakan di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk Sabah dan Sarawak.
Syarat Permohonan Pembantu Rumah Asing PRA
Berikut adalah syarat kelayakan majikan yang telah ditetapkan:
Majikan mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia sahaja
Majikan mestilah terdiri daripada suami dan isteri yang mempunyai:
Anak berumur di bawah usia 15 tahun (yang memerlukan jagaan dan perhatian)
Anak kelainan upaya (tiada had umur)
Majikan/ isteri majikan yang sakit/ uzur
Ibu bapa yang uzur/ sakit; atau
Ahli keluarga terdekat yang uzur/ sakit (adik beradik, datuk atau nenek sahaja)
Bagi tujuan menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang uzur/ sakit, surat pengesahan daripada pegawai pakar perubatan adalah diperlukan. Majikan yang mengambil PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat hendaklah mengemukakan bukti pertalian secara jelas
Permohonan PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat adalah terhad kepada ibu/ bapa/ keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap sahaja
Kelayakan pendapatan bulanan majikan adalah berdasarkan kepada jumlah pendapatan suami dan isteri. Kelayakan pendapatan isi rumah majikan adalah antara RM3,000 hingga RM5,000 (mengikut negara sumber)
Majikan yang terdiri daripada suami dan isteri hanya boleh menggaji seorang PRA sahaja pada satu-satu masa
Bagi permohonan PRA yang dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, keutamaan hendaklah diberi supaya nama suami digunakan sebagai majikan utama
Ibu atau bapa tunggal yang memenuhi syarat dan mempunyai kelayakan pendapatan dibenarkan untuk menggajikan PRA.
Bagi majikan yang berstatus bujang dibenarkan untuk menggaji PRA khusus untuk menjaga ibu bapa sakit/ uzur sahaja
Majikan beragama Islam hanya dibenarkan menggaji PRA yang beragama Islam sahaja.
Majikan hendaklah melengkapkan kontrak kerja antara majikan dengan PRA. Sekiranya permohonan dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, kontrak kerja hendaklah dilengkapkan oleh majikan utama.
Majikan juga hendaklah mengambil Polisi Insuran untuk menggajikan PRA dimana polis tersebut mestilah merangkumi aspek kemalangan, kematian dan rawatan perubatan
Bil
Negara Sumber
Jumlah Pendapatan Majikan
1
Indonesia
RM 3,000.00
2
Filipina
RM 5,000.00
3
Sri Lanka
RM 5,000.00
4
Thailand
RM 3,000.00
5
Kemboja
RM 3,000.00
6
India
RM 5,000.00
7
Laos
RM 3,000.00
8
Vietnam
RM 3,000.00
9
Nepal
RM 5,000.00
Siapakah yang tidak layak?
Berikut adalah majikan yang tidak layak untuk membuat permohonan:
Diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa
Disenarai hitam oleh Jabatan Tenaga Kerja atau
Mempunyai kes-kes yang belum diselesaikan dengan Jabatan Imigresen Malaysia
Syarat kelayakan untuk Pembantu Rumah Asing (PRA)
Berikut adalah syarat kelayakanyang di benarkan:
Bakal PRA mestilah perempuan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun semasa permohonan
Bakal PRA mesti diambil daripada sembilan negara sumber yang dibenarkan seperti berikut: Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Thailand, India, Laos, Nepal, Vietnam dan Kemboja.
Bakal PRA hendaklah bebas daripada senarai syak dan senarai hitam Jabatan
Bakal PRA telah melepasi pemeriksaan kesihatan (FOMEMA).
Bakal PRA tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif dengan majikan lain.