Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Sistem Maid Online (SMO) Proses dan Permohonan Pembantu Rumah Asing PRA

0 1,671

Sistem Maid Online (SMO) merupakan sistem di atas talian yang di wujudkan oleh kerajaan untuk memudahkan mereka (majikan) yang ingin membuat permohonan untuk pembantu rumah asing secara online.

Untuk makluman,kerajaan telah memberi kebenaran kepada majikan untuk memohon PRA secara terus dalam talian yang telah bermula pada 1 Januari 2018.

Apakah Sistem Maid Online (SMO)?

Merupakan sistem yang membolehkan majikan boleh mengemukakan permohonan secara terus dan permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal https://maid-online.imi.gov.my

Majikan boleh mengemukan permohanan Pembantu Rumah Asing daripada 9 buah negara sumber seperti yang telah ditetapkan iaitu warganegara

  1. Indonesia,
  2. Filipina,
  3. Sri Lanka,
  4. Thailand,
  5. India,
  6. Laos,
  7. Nepal,
  8. Vietnam dan
  9. Kemboja.

Program ini hanya dilaksanakan di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

Syarat Permohonan Pembantu Rumah Asing PRA

Berikut adalah syarat kelayakan majikan yang telah ditetapkan:

  1. Majikan mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia sahaja
  2. Majikan mestilah terdiri daripada suami dan isteri yang mempunyai:
    • Anak berumur di bawah usia 15 tahun (yang memerlukan jagaan dan perhatian)
    • Anak kelainan upaya (tiada had umur)
    • Majikan/ isteri majikan yang sakit/ uzur
    • Ibu bapa yang uzur/ sakit; atau
    • Ahli keluarga terdekat yang uzur/ sakit (adik beradik, datuk atau nenek sahaja)
  3. Bagi tujuan menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang uzur/ sakit, surat pengesahan daripada pegawai pakar perubatan adalah diperlukan. Majikan yang mengambil PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat hendaklah mengemukakan bukti pertalian secara jelas
  4. Permohonan PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat adalah terhad kepada ibu/ bapa/ keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap sahaja
  5. Kelayakan pendapatan bulanan majikan adalah berdasarkan kepada jumlah pendapatan suami dan isteri. Kelayakan pendapatan isi rumah majikan adalah antara RM3,000 hingga RM5,000 (mengikut negara sumber)
  6. Majikan yang terdiri daripada suami dan isteri hanya boleh menggaji seorang PRA sahaja pada satu-satu masa
  7. Bagi permohonan PRA yang dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, keutamaan hendaklah diberi supaya nama suami digunakan sebagai majikan utama
  8. Ibu atau bapa tunggal yang memenuhi syarat dan mempunyai kelayakan pendapatan dibenarkan untuk menggajikan PRA.
  9. Bagi majikan yang berstatus bujang dibenarkan untuk menggaji PRA khusus untuk menjaga ibu bapa sakit/ uzur sahaja
  10. Majikan beragama Islam hanya dibenarkan menggaji PRA yang beragama Islam sahaja.
  11. Majikan hendaklah melengkapkan kontrak kerja antara majikan dengan PRA. Sekiranya permohonan dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, kontrak kerja hendaklah dilengkapkan oleh majikan utama.
  12. Majikan juga hendaklah mengambil Polisi Insuran untuk menggajikan PRA dimana polis tersebut mestilah merangkumi aspek kemalangan, kematian dan rawatan perubatan
BilNegara SumberJumlah Pendapatan Majikan
1IndonesiaRM 3,000.00
2FilipinaRM 5,000.00
3Sri LankaRM 5,000.00
4ThailandRM 3,000.00
5KembojaRM 3,000.00
6IndiaRM 5,000.00
7LaosRM 3,000.00
8VietnamRM 3,000.00
9NepalRM 5,000.00

Siapakah yang tidak layak?

Berikut adalah majikan yang tidak layak untuk membuat permohonan:

  1. Diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa
  2. Disenarai hitam oleh Jabatan Tenaga Kerja atau
  3. Mempunyai kes-kes yang belum diselesaikan dengan Jabatan Imigresen Malaysia

Syarat kelayakan untuk Pembantu Rumah Asing (PRA)

Berikut adalah syarat kelayakanyang di benarkan:

  1. Bakal PRA mestilah perempuan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun semasa permohonan
  2. Bakal PRA mesti diambil daripada sembilan negara sumber yang dibenarkan seperti berikut: Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Thailand, India, Laos, Nepal, Vietnam dan Kemboja.
  3. Bakal PRA hendaklah bebas daripada senarai syak dan senarai hitam Jabatan
  4. Bakal PRA telah melepasi pemeriksaan kesihatan (FOMEMA).
  5. Bakal PRA tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif dengan majikan lain.

Boleh juga baca: Semakan Dan Cara Bayar Cukai Tanah Online

Cara mohon Pembantu Rumah Asing (PRA)

Boleh ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan:

  1. Buka laman web Sistem Maid Online (SMO)
  2. Daftar di pautan ini: https://maid-online.imi.gov.my/maid/main?register
  3. Login sebagai pengguna
  4. Isikan maklumat dan Kemaskini Maklumat Majikan
  5. Muat naik dokumen yang disenaraikan
  6. Hantar permohonan Maid Online

*Untuk langkah yang lebih terperinci, sila rujuk Manual Pengguna di SINI.

Prosedur permohonan PRA bagi pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS) yang sah adalah mengikut carta alir berikut:

Proses ambil pembantu Asing

Kos Pengambilan PRA

Berikut adalah pecahan kos yang terlibat:

*Nota:

Bayaran MEV dan SEV adalah berdasarkan negara-negara sumber

kos pembantu rumah asing 2

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

  1. Call centre Unit Pembantu Rumah Asing melalui talian 03-88801468
  2.  Emel: admin_maidonline@imi.gov.my
  3.  Bilik Gerakan JIM pada setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam melalui talian 03 – 88801555.
  4. Laman web : https://maid-online.imi.gov.my 
  5. Facebook Jabatan Imigresen Malaysia.
Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via