Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pernah buat Temujanji Online QueueMed di Klinik Kerajaan melalui Aplikasi Mysejahtera?Untuk makluman,aplikasi MySejahtera menyediakan pelbagai kemudahan untuk orang ramai untuk membuat temujanji di Klinik Kesihatan Kerajaan.Perkhidmatan tertentu seperti saringan perkahwinan, ambil darah dan sebagainya memerlukan temujanji
Sebenarnya,semua perkhidmatan di klinik sekarang memerlukan orang ramai membuat temujanji bahkan jika anda ingin mengambil ubat ulangan ini kerana untuk mengurangkan kesesakan orang ramai di Klinik di zaman Pandemik ini.Senang sahaja hanya guna aplikasi Mysejahtera di slot QueueMed untuk membuat temujanji.
Temujanji online di laksanakan untuk mengurangkan risiko ramai orang di klinik kerajaan dengan mengikuti slot masa yang disediakan apabila membuat temujanji.
Orang ramai boleh membuat urusan temujanji seperti berikut:
Baca Juga: JPJeQ:Cara Daftar No Giliran Untuk Temujanji JPJ
Berikut adalah panduan bergambar cara untuk anda booking temujanji anda di klinik kerajaan.Ikuti langkah-langkah berikut:
1.Buka aplikasi MySejahtera di
2.Klik Digital Health/ Kesihatan Digital
3.Klik Clinic Appointment Booking / Tempahan temujanji Klinik
4.Temujanji klinik boleh dibuat dengan mana-mana pilihan bergantung kepada klinik ingin menggunakan yang mana . Dalam contoh sekarang kita akan guna QueueMed
5.Klik pada Carian dan buat pilihan lokasi kawasan anda tinggal.
6.Kemudian pilih klinik yang anda ingin membuat temujanji iaitu klinik yang berdekatan anda.
7.Klik BOOK NOW pada klinik yang anda ingin membuat temujanji
8.Klik BOOK NOW pada jenis perkhidmatan yang anda inginkan.
9.Anda perlu pilih tarikh temujanji yang anda inginkan dan masa untuk datang ke klinik untuk perkhidmatan tersebut dan klik PROCEED
Kemudian,SIAP!Sekarang anda sudah membuat temujanji untuk perkhidmatan yang anda inginkan.
Untuk makluman,jika keluar tanda merah di tarikh yang anda inginkan anda hendaklah memilih tarikh yang lain kerana slot sudah pun penuh.Pastikan anda membuat temujanji sehari sebelum anda datang ke klinik.
Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.